Alat Tambahan Pinggul Normatec 3 (untuk kegunaan satu orang sahaja)
2
1
Pengecas Normatec 3
1
ARAHAN PENGENDALIAN
AMARAN! SEBELUM MENGENDALIKAN SISTEM INI: Baca semua amaran pada permulaan
manual ini. Jika anda tidak memahami arahan pengendalian ini, hubungi Hyperice melalui
nombor telefon +1.949.565.4994.
SEDIAKAN SISTEM
• Langkah 1: Sambungkan pengecas kepada punca kuasa elektrik, kemudian kepada
unit kawalan Normatec 3.
Unit kawalan ini dilengkapi dengan bateri ion litium. Bateri akan mengecas secara
automatik apabila pengecas disambungkan kepada unit kawalan Normatec 3 dan
punca kuasa elektrik.
• Langkah 2: Sambungkan penyambung hos kepada salur keluar udara pada unit
kawalan Normatec 3. Penyambung hanya boleh dimasukkan dalam orientasi yang
betul. Tolak penyambung ke dalam peranti Normatec 3 sehingga anda mendengar
bunyi "klik" untuk memastikan sambungan yang kukuh.
• Langkah 3: Pasangkan alat tambahan kaki, lengan atau pinggul. Cari kedudukan yang
selesa semasa duduk, bersandar atau berbaring. Jika alat tambahan mengandungi
zip, pastikan alat tambahan dizipkan sepenuhnya. Jangan sekali-kali cuba
menggunakan sistem yang dizipkan separa atau tidak dizipkan langsung—ini boleh
membatalkan waranti anda. Hanya satu set alat tambahan boleh digunakan dengan
satu unit kawalan. Apabila menggunakan lebih daripada satu alat tambahan, pastikan
kedua-duanya daripada jenis yang sama.
• Langkah 4: Sambungkan penyambung alat tambahan pada setiap alat tambahan
kepada salur keluar udara kotak simpang. Penyambung alat tambahan hanya boleh
disambungkan dengan kotak simpang dalam orientasi yang betul. Tolak penyambung
alat tambahan ke dalam salur keluar udara kotak simpang sehingga anda mendengar
bunyi "klik" untuk memastikan sambungan yang kukuh.
Jika hanya satu alat tambahan akan disambungkan dengan kotak simpang,
gunakan palam penyekat yang terdapat di bahagian bawah kotak simpang untuk
menyekat salur keluar udara kotak simpang yang tidak digunakan. Tekan dengan kuat
untuk memastikan palam penyekat dimasukkan sepenuhnya.
• Langkah 5: Tekan butang kuasa pada unit kawalan Normatec 3 dengan kuat selama
satu saat untuk menghidupkan sistem. Apabila unit kawalan dihidupkan, LED
berwarna hijau di sebelah butang kuasa akan menyala.
3
2
1
2
1 - 2. Zon
3. Penyambung alat tambahan
1. Plag salur keluar kuasa pada dinding
2. Penyambung barel