Descargar Imprimir esta página

Normatec 3 Instrucciones Originales página 173

Ocultar thumbs Ver también para 3:

Publicidad

Idiomas disponibles
  • MX

Idiomas disponibles

  • MEXICANO, página 74
PILIH ALAT TAMBAHAN ANDA
Untuk menetapkan peranti supaya menjalankan rawatan yang sesuai bagi alat tambahan yang
anda gunakan, tekan butang Pilihan Alat Tambahan untuk memilih sama ada Kaki, Pinggul atau
Lengan. Apabila Pinggul dipilih, peranti akan menjalankan rawatan dua zon secara automatik
supaya sepadan dengan bilangan zon pada pinggul.
LARASKAN TAHAP TEKANAN
Laraskan tahap tekanan sesi dengan menekan butang pelarasan tahap tekanan di sebelah kiri
penunjuk tahap. Tahap tekanan 1 ialah tetapan paling lembut. Urutan menjadi lebih kuat apabila
tahap tekanan meningkat. Tahap boleh dilaraskan semasa sesi dijalankan. Apabila tahap dilaraskan
semasa sesi dijalankan, sistem akan dijeda. Sebaik sahaja anda selesai melaraskan tahap anda,
tekan butang Mula/Henti untuk menyambung semula rawatan pada tahap tekanan yang baharu.
GUNAKAN ZONEBOOST™
Semasa sesi dijalankan, anda boleh meningkatkan keamatan zon tertentu dengan ciri
ZoneBoost. ZoneBoost direka bentuk untuk digunakan apabila anda inginkan perhatian
tambahan pada kawasan tertentu. ZoneBoost akan menambahkan 60 saat masa urutan
tambahan dan juga 10 mmHg tekanan tambahan pada zon yang dipilih. ZoneBoost boleh
didayakan sebelum atau semasa sesi. Hanya satu zon boleh digalakkan pada satu-satu masa.
Untuk menggalakkan zon, tekan butang ZoneBoost sehingga penunjuk LED di atas zon yang
ingin anda galakkan menyala. Untuk menyahdayakan ZoneBoost, tekan butang ZoneBoost
sehingga tiada penunjuk LED zon menyala.
Zon pada alat tambahan dinomborkan dalam tertib menaik dari zon paling jauh hingga zon paling
dekat. Jadi, jika anda menggunakan alat tambahan kaki, Zon 1 ialah kaki/buku lali anda, Zon 2 ialah betis
anda, Zon 3 ialah lutut anda, Zon 4 ialah bahagian bawah kuad dan Zon 5 ialah bahagian atas kuad.
LARASKAN MASA SESI
Laraskan masa sesi dengan menekan butang pelarasan masa di sebelah kiri skrin paparan.
Masa sesi boleh ditetapkan kepada 15, 30, 45 dan 60 minit. Masa boleh dilaraskan semasa
sesi sedang dijalankan. Ketik butang pelarasan masa untuk mengitar pilihan masa sesi bagi
menambahkan atau menolak masa daripada sesi.
MULAKAN SESI
Untuk memulakan sesi, ketik butang Mula/Henti.
POLA URUTAN NORMATEC PULSE TERPATEN
Sebelum pola urutan Normatec Pulse terpaten bermula, anda akan mengalami kitaran sebelum
pengembungan, semasa alat tambahan yang disambungkan ditentukur mengikut bentuk
badan anda yang sebenar. Sebaik sahaja kitaran sebelum pengembungan selesai, pola urutan
Normatec Pulse terpaten akan bermula dengan memampatkan kaki, tangan atau bahagian atas
kuad anda (bergantung pada alat tambahan yang digunakan). Serupa dengan kaedah memicit
dan usapan yang dilakukan semasa urutan, setiap zon pada alat tambahan akan melakukan
pemampatan dahulu secara beransur-ansur dan dilepaskan apabila pola pemampatan
bergerak ke bahagian atas anggota badan anda. Apabila zon atas telah selesai diurut, akan
terdapat tempoh rehat yang singkat dan seterusnya kitaran akan bermula sekali lagi. Ini akan
berulang sehingga masa sesi tamat. Apabila sesi disambung semula selepas jeda, sistem akan
menjalankan kitaran sebelum pengembungan sebelum meneruskan urutan.
HENTIKAN ATAU JEDA SESI
Untuk menghentikan sesi pada bila-bila masa, ketik butang Mula/Henti. Tindakan ini akan
menjedakan sesi. Untuk memulakan semula sesi yang dijeda, ketik butang Mula/Henti
sekali lagi. Jika anda telah selesai menggunakan sistem, tanggalkan alat tambahan dari hos,
tanggalkan alat tambahan dari anggota badan anda, matikan unit kawalan dengan menekan
butang kuasa dan cabut hos dari unit kawalan.
Untuk mencabut penyambung dari kotak simpang atau unit kawalan, tekan butang di
bahagian atas setiap penyambung sambil menarik penyambung.
TAMATKAN SESI
Sesi urutan akan diteruskan sehingga masa tamat dan Kitaran Penamat tertera pada paparan.
Sistem akan terus beroperasi sehingga kitaran semasa selesai. Apabila sesi telah selesai,
tanggalkan alat tambahan dari hos, tanggalkan alat tambahan dari anggota badan anda,
matikan unit kawalan dengan menekan butang kuasa dan cabut hos dari unit kawalan.
Untuk mencabut penyambung dari kotak simpang atau unit kawalan, tekan butang di
bahagian atas setiap penyambung sambil menarik penyambung.
MATIKAN UNIT KAWALAN
Untuk mematikan sistem, tekan butang kuasa dan pastikan bahawa penunjuk LED dan paparan
telah terpadam.
MENYAMBUNG KEPADA APLIKASI HYPERICE
Muat turun Aplikasi Hyperice daripada App Store atau Google Play Store. Untuk menyambungkan
sistem anda kepada Aplikasi Hyperice melalui Bluetooth
, buka aplikasi tersebut, pastikan unit
®

Publicidad

loading