Neoligaments Fastlok 102-1380 Instrucciones De Uso página 27

Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • MX

Idiomas disponibles

  • MEXICANO, página 6
Penyimpanan
Produk mesti disimpan dalam pembungkusan
asal yang belum dibuka, jauh dari lembapan,
debu, serangga, binatang perosak serta suhu dan
kelembapan yang melampau.
Spesifikasi Bahan
Fastlok dibuat daripada titanium aloi Ti-6Al-4V (ISO
5832-3 atau ASTM F136).
Arahan Penggunaan
Pengguna peranti ini digalakkan untuk
menghubungi Jabatan Jualan Neoligamen jika,
dalam pertimbangan profesional mereka, mereka
memerlukan teknik pembedahan yang lebih
menyeluruh.
Menghentam Fastlok ke dalam Tulang
Lihat imej di hadapan buku kecil ini.
Rajah 1
Tolak kokot secara kemas ke dalam Penghentam.
Gelungkan hujung ligamen yang bebas (1a) melalui
kancing yang mesti dipegang dengan forseps di
bahagian tengah sebelah yang panjang (forseps
tidak ditunjukkan). Pegang Penghentam di atas
kancing supaya kaki kokot sejajar dengan kancing.
Rajah 2
Bawa kokot ke bawah melepasi sebelah kancing
di mana ligamen berlipat, supaya kaki kokot
merentangi ligamen yang berlipat. Pusing kokot
(Penghentam) melalui 90º dalam paras mendatar.
Rajah 3
Kancing kemudiannya diterbalikkan ke bawah
melalui 180º di atas kokot. Periksa bahawa kaki
kokot masih merentangi kedua-dua lapisan
ligamen. Langkah terakhir ini mesti dijalankan
dengan hati-hati dan ia adalah penting untuk
memastikan semasa kokot dipusing ia tidak
menembusi ligamen.
Rajah 4
Pastikan bahawa ligamen tidak terperangkap di
antara kancing dan kokot. Tarik hujung ligamen
(4a) semasa menolak kokot (Penghentam) secara
serentak di sepanjang ligamen (4b), ke hadapan ke
arah tapak yang dipilih untuk mengimplan Fastlok.
Semasa langkah ini dibuat, jangan luruskan
ligamen. Kedua-dua hujungnya mesti berada pada
sudut yang ditunjukkan, jika tidak ia mungkin sukar
untuk menolak kokot ke hadapan.
Rajah 5
Berhenti menggerakkan kokot ke hadapan apabila
hujung kaki kokot berada dalam jarak 10-15
mm dari terowong tulang (5a). Sepit ligamen
menggunakan forseps untuk mengelakkan
daripada merosakkannya dari hujung yang tajam
di hujung kokot. Dengan mengekalkan ligamen di
antara kaki kokot, laraskan Penghentam supaya
paksinya serenjang pada permukaan tulang di
tapak implantasi.
Rajah 6
Tarik kedua-dua Penghentam (6a) dan hujung
ligamen yang bebas (6b) untuk memastikan
tegangan pada bahagian bahan yang muncul dari
terowong tulang (6c). Semasa langkah ini dibuat,
hujung kokot tidak harus ditekan pada tulang
sehingga tegangan telah diperolehi.
Rajah 7
Sementara mengekalkan tegangan pada bahan
(7a), tukulkan Fastlok ke dalam tulang (7b).
Pastikan bahawa kedua-dua kaki kokot terpasang
pada tulang dan bahawa ia tidak tergelincir
merentasi permukaan. Ini boleh menyebabkan kaki
renggang dan mungkin retak.
Rajah 8
Lepaskan kokot dan tutup rahang Penghentam.
PENTING: Putar Penghentam melalui 90º dan
gunakan ia untuk selesai memasukkan kokot (8a)
ke dalam tulang sementara masih memastikan
tegangan pada ligamen (8b).
Mengeluarkan Fastlok dari Tulang
Rajah 9
Kapitkan kokot di dalam rahang Penghentam (9a).
Rajah 10
Skrukan hujung Penukul Gelangsar ke dalam
hujung Penghentam.
Rajah 11
Pegang pemegang (11a) pada Penukul Gelangsar
dan tukulkannya di hujung tukup (11b) pada alat.
Berhati-hati untuk tidak memerangkap jari-jari di
antara pemegang dan hujung tukup.

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Productos relacionados para Neoligaments Fastlok 102-1380

Este manual también es adecuado para:

Fastlok 102-1381

Tabla de contenido