Cybex Silver PALLAS-FIX Manual Del Usuario página 155

Tabla de contenido

Publicidad

Jangan gunakan kerusi keselamatan kanak-kanak ini untuk kanak-kanak
melebihi 11 tahun. Kerusi keselamatan kanak-kanak terdedah kepada
tekanan yang tinggi semasa hayat produknya, yang menyebabkan
perubahan dalam kualiti bahan dengan peningkatan umur.
Bahagian plastik boleh dibersihkan dengan agen pencuci lembut dan air
suam. Jangan sekali-kali gunakan agen pencuci yang kasar atau peluntur!
Pada sesetengah kerusi kenderaan yang dibuat daripada bahan sensitif,
penggunaan kerusi keselamatan kanak-kanak boleh meninggalkan tanda
dan/atau menyebabkan penyahwarnaan. Untuk mencegah perkara ini, anda
boleh meletakkan selimut atau tuala atau yang seumpamanya di bawah
kerusi keselamatan kanak-kanak untuk melindungi kerusi kenderaan.
BAHAGIAN PRODUK
(a) Ruang penyimpanan
panduan pengguna
(b) Penyandar
(c) Penyandar kepala boleh laras
(d) Pelaras ketinggian
penyandar kepala
(e) Peninggi
(f)
Perisai impak
(g) Panduan tali keledar- Kumpulan 1
(f)
Panduan Tali riba keledar-
Kumpulan 2/ 3
(i)
Panduan tali bahu keledar
(j)
Perlindungan Impak Sisi Linear
(L.S.P)
KEDUDUKAN YANG BETUL DI DALAM KENDERAAN
Kerusi keselamatan kanak-kanak dengan lengan penguncian ISOFIX-Connect
boleh sentap (k) boleh digunakan pada semua kerusi kenderaan dengan tali
pinggang keledar keselamatan tiga titik automatik di dalam manual kenderaan
untuk penggunaan "universal".
Pensijilan "semi-universal" diberikan pada sistem penghalang yang
disambungkan ke kereta melalui lengan penguncian ISOFIX-Connect (k). Atas
sebab ini, ISOFIX-Connect hanya boleh digunakan di dalam kenderaan yang
tertentu. Rujuk senarai jenis kenderaan yang dilampirkan untuk kenderaan
yang diluluskan. Anda boleh mendapatkan versi paling terkini daripada
www.cybex-online.com.
(k) Lengan penguncian
ISOFIX-Connect
(l)
Gagang pelarasan ISOFIX-Connect
(m) Butang pelepas ISOFIX-Connect
(n) Penunjuk keselamatan
ISOFIX-Connect
(o) Titik tambat ISOFIX
(p) Penjarak
(q) Butang pelarasan perisai impak
(r)
Butang pelarasan kedudukan
(s) Tapak
(t)
Butang pelepas tapak
(u) Condong sentap
(v) Inlai peninggi
Dalam keadaan yang luar biasa, kerusi keselamatan kanak-kanak boleh
juga digunakan pada kerusi penumpang depan. Sentiasa patuhi saranan
pengeluar kenderaan.
MEMASANG KERUSI KESELAMATAN KANAK-KANAK DI
DALAM KENDERAAN
1. Sentiasa pastikan bahawa...
• penyandar dalam kenderaan yang dikunci dalam kedudukan menegaknya.
• semasa memasang kerusi keselamatan kanak-kanak pada kerusi
penumpang depan, laraskan kerusi itu ke belakang sejauh yang mungkin
tanpa menjejaskan turutan tali pinggang keledar.
2. Gunakan gagang pelarasan ISOFIX (l)di bawah perangsangnya (e) dan tarik
dua lengan penguncian ISOFIX (k) sejauh yang mungkin.
3. Sekarang putar lengan penguncian ISOFIX-Connect (k) 180° supaya lengan
penguncian itu menghadap ke arah titik tambat ISOFIX (o).
4. Letakkan kerusi keselamatan kanak-kanak pada kerusi yang sesuai
dalam kenderaan.
5. Tekan dua lengan penguncian (k) ke dalam titik tambat ISOFIX (o)
sehingga lengan penguncian itu terkunci di tempatnya dan bunyi
"KLIK" kedengaran.
6. Gunakan gagang pelarasan ISOFIX-Connect (l) dan tolak kerusi
keselamatan kanak-kanak pada kerusi kenderaan.
7. Pastikan keseluruhan permukaan penyandar kerusi keselamatan kanak-
kanak (b) diletakkan pada penyandar kerusi kenderaan.
Jika penyandar kepala kenderaan menghalangnya, tarik ke atas sejauh
��
yang mungkin atau tanggalkan sepenuhnya (kecuali untuk kerusi
menghadap ke belakang).
8. Pastikan kerusi keselamatan kanak-kanak tidak bergerak dengan cuba
menariknya keluar daripada titik tambat ISOFIX (o). Penunjuk keselamatan
berwarna hijau (n) mesti dapat dilihat dengan jelas pada kedua-dua sisi
kerusi keselamatan kanak-kanak tersebut.
9. Sekiranya kerusi keselamatan kanak-kanak digunakan tanpa ISOFIX-
Connect, kerusi itu boleh disimpan di bahagian bawah kerusi keselamatan
kanak-kanak.
Dengan menggunakan ISOFIX-Connect, sambungan kepada kenderaan
��
diwujudkan dan dapat meningkatkan keselamatan anak anda. Anak anda
masih perlu dipakaikan dengan tali pinggang keledar tiga titik kenderaan
dan dengan perisai impak untuk Kumpulan 1.
MS
153

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Tabla de contenido