Cybex Silver PALLAS-FIX Manual Del Usuario página 156

Tabla de contenido

Publicidad

MENGELUARKAN KERUSI KESELAMATAN KANAK-KANAK
DARI KENDERAAN
Jalankan langkah-langkah pemasangan dalam urutan terbalik.
1. Buka kunci lengan penguncian ISOFIX-Connect (k) pada kedua-dua
sisi dengan menekan butang pelepas (m) dan menariknya semula
secara serentak.
2. Tarikh kerusi keselamatan kanak-kanak jauh dari titik tambat ISOFIX (o).
3. Tanggalkan kerusi keselamatan kanak-kanak dan simpan ISOFIX-Connect
dalam urutan terbalik pemasangan.
MENGELUARKAN INLAI PENINGGI
Untuk memperoleh pelarasan ketinggian kerusi keselamatan kanak-kanak
yang betul, inlai peninggi (v) disertakan dan telah dimasukkan di bawah
pelapik kerusi apabila dibeli.
Anda disyorkan agar menggunakan inlai peninggi (v) antara umur
9 dan 18 bulan.
Untuk kanak-kanak yang berumur 19 bulan ke atas, inlai peninggi (v)
boleh ditanggalkan.
1. Buka butang tekan di depan pelapik peninggi.
2. Angkat pelapik peninggi sehingga inlai peninggi (v) boleh ditanggalkan
dengan mudah dari depan.
3. Tanggalkan inlai peninggi (v) mengikut pengesyoran umur di atas.
4. Letakkan semula pelapik kerusi di kedudukan asalnya dan pasangkan
butang tekan.
MELARASKAN PENYANDAR KEPALA
Penyandar kepala (c) boleh dilaraskan dengan menggunakan pelaras
ketinggian penyandar kepala(d) di bahagian belakang penyandar kepala (c).
Laraskan penyandar supaya ada jarak maksimum 2 cm (anggaran2 jari lebar)
kekal antara bahu kanak-kanak dengan penyandar kepala (c).
Ketinggian penyandar kepala masih boleh dilaraskan semasa kerusi
��
keselamatan kanak-kanak sedang dipasang di dalam kereta.
PENYANDAR KEPALA BOLEH CONDONG
MS
Penyandar boleh condong (c) membantu untuk menghalang kepala kanak-
kanak daripada terjongket ke depan semasa tidur. Penyandar kepala ini
boleh ditetapkan kepada satu daripada 2 kedudukan. Tolak penyandar boleh
condong (c) ke depan sehingga kedudukan yang diingini dicapai. Untuk
mengembalikannya kepada kedudukan asalnya, tarik penyandar boleh
condong (c) ke atas dan tolaknya semula.
154
Kepala kanak-kanak hendaklah sentiasa menyentuh penyandar kepala
��
boleh condong.
MOD PEMASANGAN YANG BETUL
Kumpulan 1: 9 ‒ 18 kg
dengan tapak dan
Mod Pemasangan
perisai impak
Pemasangan
9 - 18 M
dengan inlai
peninggi
MELETAKKAN KANAK-KANAK DENGAN PERISAI IMPAK –
KUMPULAN 1 (9 – 18 KG)
1. Sisipkan perisai impak (f). Kelepak sisi perisai impak (f) muat betul-betul di
antara alas tangan dan permukaan tempat duduk peninggi. Tekan butang
pelarasan (q), supaya perisai impak (f) akan meluncur masuk kepada
kedudukan yang paling lebar. Dengan melepaskan butang (q) perisai
impak (f) akan terkunci di kedudukannya. Sesuaikan perisai impak (f) pada
anak anda.
2. Tarik keseluruhan panjang tali pinggang keledar kenderaan.
3. Letakkan tali pinggang keledar riba di atas tali pinggang keledar merah yang
ditetapkan menghala pada perisai impak (g).
4. Kancing tali pinggang keledar kenderaan ke dalam kancing tali
pinggang keledar. Bunyi "KLIK" akan kedengaran apabila telah terkunci
dengan kemas.
5. Kemaskan tali pinggang keledar riba dengan menarik tali pinggang keledar
bahu ke belakang.
Kumpulan 2/ 3: 15 ‒ 36 kg
tanpa tapak dan
perisai impak
> 19 M
tanpa inlai peninggi

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Tabla de contenido