Penyelesai Masalah
Bab ini meringkaskan masalah yang paling kerap berlaku yang anda mungkin alami dengan pam
susu badan manual. Jika anda tidak dapat menyelesaikan masalah dengan maklumat di bawah,
layari www.philips.com/support untuk mendapatkan senarai soalan lazim atau hubungi Pusat
Penjagaan Pengguna di negara anda.
Masalah
Saya berasa sakit ketika
menggunakan pam susu
badan.
Saya tidak berasa
sebarang sedutan.
Pam susu badan
mengeluarkan bunyi
berdecit.
Pam susu badan telah
tercalar.
Pam susu badan
berubah warna.
Penyelesaian
Berhenti menggunakan pam susu badan dan rujuk penasihat
penyusuan badan anda. Jika pam tidak tanggal dengan mudah
daripada payudara, vakum mungkin perlu dipecahkan dengan
meletakkan jari di antara payudara anda dengan kusyen urutan atau
antara payudara dengan corong pam.
Pastikan bahawa anda telah memasang pam susu badan pada arah
(lihat 'Membuat persediaan untuk guna') yang betul. Pastikan kusyen
urutan kedap di sekeliling bibir corong dan pastikan injap putih berada
pada tempatnya dengan ketat.
Pastikan anda memasang pam susu badan dengan betul dan pastikan
pemegang basah semasa anda memasangkan pam susu badan ini.
Dalam penggunaan biasa, sedikit calar kecil adalah perkara
biasa dan tidak menyebabkan masalah. Walau bagaimanapun,
jika sesuatu bahagian pam susu badan tercalar teruk atau retak,
berhenti menggunakan pam susu badan ini dan hubungi Pusat
Khidmat Pelanggan Philips atau layari www.philips.com/parts-and-
accessories untuk mendapatkan alat ganti. Harap maklum bahawa
gabungan detergen, produk pembersihan, larutan pensterilan, air yang
dilembutkan dan perubahan suhu boleh, dalam keadaan tertentu,
menyebabkan plastik retak. Elakkan sentuhan dengan detergen anti
bakteria atau pelelas kerana ini boleh merosakkan plastik.
Anda masih boleh menggunakan pam susu badan ini. Untuk
mendapatkan alat ganti, sila hubungi Pusat Penjagaan Pelanggan
Philips di negara anda atau layari. www.philips.com/parts-and-
accessories untuk mendapatkan alat ganti.
Bahasa Melayu
29