Descargar Imprimir esta página

Cybex Silver SOLUTION X I-FIX Guia Del Usuario página 111

Publicidad

Idiomas disponibles
  • MX

Idiomas disponibles

  • MEXICANO, página 33
PENSIJILAN
UN R129/03
CYBEX Solution X i-Fix
Specific Vehicle Booster Seat
100 – 150 cm
Disyorkan dari umur
kira-kira 3 tahun hingga
12 tahun
Terima kasih kerana memilih Solution X i-Fix apabila memilih kerusi
keselamatan kanak-kanak anda.
Baca panduan pengguna ini dengan teliti sebelum memasang kerusi kereta
di dalam kenderaan anda dan sentiasa simpan di tangan untuk rujukan masa
depan.
MAKLUMAT PENTING
Tanpa kelulusan Lembaga Kelulusan Jenis, kerusi keselamatan kanak-
kanak tidak boleh diubah suai atau ditambahkan dalam apa-apa cara sekali
pun.
Untuk terus melindungi anak anda dengan baik, penting untuk anda
menggunakan kerusi keselamatan kanak-kanak seperti yang diterangkan
dalam Panduan pengguna.
Kerusi keselamatan kanak-kanak ini hanya boleh dipasang pada kerusi
kenderaan yang diluluskan untuk kegunaan kerusi keselamatan kanak-
kanak mengikut manual kenderaan.
Hanya sesuai untuk kerusi kenderaan yang mempunyai tali pinggang
keledar tiga titik automatik yang diluluskan mengikut Peraturan UN No.16
atau standard yang setanding.
Jangan gunakan sebarang titik sentuh galas muatan selain daripada
yang diterangkan dalam Panduan pengguna dan ditandakan pada kerusi
keselamatan kanak-kanak.
Permukaan penuh penyandar kerusi keselamatan kanak-kanak mesti
menyentuh penyandar kenderaan.
Tali bahu keledar mesti dilalukan ke arah atas dan di belakang tempat
condongnya. Tali bahu keledar itu tidak boleh sekali-kali dilalukan ke depan
ke titik atas tali pinggang keledar di dalam kenderaan anda.
Kancing tali pinggang keledar kenderaan tidak sekali-kali boleh bersilang
dengan panduan tali pinggang keledar kerusi tersebut. Jika libas tali
pinggang keledar terlalu panjang, kerusi keselamatan kanak-kanak tidak
SOLUTION X I-FIX
100 cm – 150 cm
030109
UN Regulation No. 129/03
Cybex GmbH
Riedingerstr. 18, 95448 Bayreuth
Germany
sesuai untuk digunakan dalam kedudukan ini di dalam kenderaan. Sekiranya
ragu-ragu sila hubungi pembuat kerusi keselamatan kanak-kanak ini.
Tali pinggang keledar tiga titik kenderaan mesti hanya dilalukan melalui
turutan yang ditetapkan. Turutan tali pinggang keledar diterangkan secara
terperinci dalam manual ini dan ditandakan dengan warna hijau pada kerusi
keselamatan kanak-kanak.
Tali keledar riba mestilah diletakkan betul-betul di bawah melintangi lipatan
paha anak anda untuk kesan yang optimum sekiranya berlaku kemalangan.
Sebelum setiap penggunaan pastikan tali pinggang keledar tiga titik
kenderaan dilaraskan dengan betul dan dilekapkan dengan ketat pada
badan kanak-kanak. Jangan sekali-kali memintal tali pinggang keledar itu!
Hanya penyandar kepala yang dilaraskan secara optimum boleh
menawarkan perlindungan dan keselesaan yang maksimum kepada anak
anda sambil memastikan tali bahu keledar dipasang dengan baik.
Kerusi keselamatan kanak-kanak mesti sentiasa disemat dengan betul
menggunakan tali pinggang keledar kenderaan di dalam kenderaan
meskipun apabila tidak digunakan.
Sentiasa pastikan bahawa kerusi keselamatan kanak-kanak tidak pernah
tersangkut semasa menutup pintu kereta atau melaraskan kerusi belakang.
Bagasi atau mana-mana objek lain di dalam kenderaan perlu sentiasa
berada pada kedudukannya dengan kemas. Jika tidak, objek tersebut
mungkin tercampak di dalam kereta, yang boleh menyebabkan kecederaan
maut.
Kerusi keselamatan kanak-kanak tidak sekali-kali boleh digunakan tanpa
pelapik kerusi. Pastikan hanya pelapik kerusi CYBEX asli digunakan, kerana
pelapik ialah elemen penting daripada fungsi kerusi.
Jangan sekali-kali tinggalkan anak anda tanpa pengawasan di dalam kereta.
Bahagian dalam kerusi keselamatan kanak-kanak boleh menjadi panas di
bawah sinaran matahari dan berkemungkinan boleh menyebabkan kulit
anak anda melecur. Lindungi anak dan kerusi keselamatan kanak-kanak
anda daripada terdedah kepada pancaran matahari.
Kemalangan boleh menyebabkan kerosakan pada kerusi keselamatan
kanak-kanak yang tidak dapat dikesan dengan mata kasar. Sila gantikan
kerusi selepas kemalangan. Sekiranya ragu-ragu, sila rujuk wakil penjual
anda atau pengeluar.
Jangan gunakan kerusi keselamatan kanak-kanak ini melebihi umur 9 tahun.
Kerusi keselamatan kanak-kanak terdedah kepada tekanan yang tinggi
semasa hayat produknya, yang menyebabkan perubahan dalam kualiti
bahan dengan peningkatan umur.
MS
107

Publicidad

loading

Este manual también es adecuado para:

522003967522003959522003961522003963