8. Letakkan tali pinggang keledar bahu di antara penyandar kepala (c) dan
penyandar belakang (b). Tali pinggang keledar bahu tidak perlu dipandu
masuk melalui panduan tali pinggang keledar bahu (i).
BERALIH DARIPADA KUMPULAN 1 KEPADA KUMPULAN 2/3
Keluarkan perisai impak (f), apabila berat anak anda mencapai 18 kg.
Anda tidak dibenarkan beralih daripada kumpulan 1 kepada kumpulan
2/3 jika berat anak anda kurang daripada 15 kg. Pastikan perisai impak
disimpan di tempat yang selamat.
MELETAKKAN KANAK-KANAK PADA KERUSI KANAK-KANAK
TANPA PERISAI IMPAK – KUMPULAN 2/ 3 (15 – 36 KG)
1. Lalukan tali pinggang keledar kenderaan di sekeliling anak anda dan
masukkan lidah tali pinggang keledar ke dalam kancing tali pinggang
keledar. Bunyi "KLIK" akan kedengaran apabila ia terkunci dengan kemas.
2. Letakkan tali riba keledar mengikut panduan tali riba keledar yang berwarna
merah (h) kerusi kanak-kanak itu.
3. Tarik tali bahu keledar untuk mengetatkan tali riba keledar.
4. Pada sisi tempat duduk kereta di sebelah kancing tali pinggang keledar, tali
pinggang keledar bahu dan tali pinggang keledar riba mesti dimasukkan
sekali ke dalam panduan tali pinggang keledar riba (h).
5. Masukkan tali pinggang keledar bahu melalui panduan tali pinggang keledar
riba (i) sehingga ia berada di dalam panduan tali pinggang keledar.
6. Pastikan tali bahu keledar menyilangi tulang selangka (klavikel) anak anda
dan tidak menyentuh leher anak anda. Jika perlu, laraskan ketinggian
penyandar kepala (c) untuk menukar kedudukan tali keledar.
MENANGGALKAN DAN MEMASANG SEMULA PELAPIK KERUSI
Pelapik kerusi kanak-kanak terdiri daripada empat bahagian (Penyandar
kepala, penyandar belakang, peninggi dan perisai impak). Bahagian ini
diletakkan pada kedudukannya di beberapa tempat menggunakan stad tekan.
Setelah semua stad dilepaskan, bahagian tunggal pelapik boleh ditanggalkan.
Untuk memasang semula pelapiknya pada kerusi, ikut arahan pengeluaran
mengikut urutan terbalik.
Pelapiknya hanya boleh dibasuh pada suhu 30 °C dengan program
basuh lembut, jika tidak fabrik pelapik itu akan berubah warna. Sila basuh
pelapik secara berasingan daripada pakaian lain dan jangan keringkan di
dalam mesin pengering atau di bawah sinaran matahari!
WARANTI DAN PERATURAN PELUPUSAN PENGILANG
CYBEX GmbH (Riedingerstr. 18, 95448 Bayreuth, Jerman) memberikan jaminan
produk selama 3 tahun. Waranti ini sah di negara produk ini dijual pada awalnya
oleh peruncit kepada pelanggan. Kandungan jaminan dan semua maklumat
penting yang diperlukan untuk pengesahan jaminan terdapat pada halaman
utama kami di go.cybex-online.com/manufacturer-warranty-car-seats. Jika
waranti ditunjukkan dalam penerangan artikel, hak undang-undang terhadap
kami kerana kecacatan kekal tidak terjejas.
Sila patuhi peraturan pelupusan sisa di negara anda.
MS
145