Descargar Imprimir esta página

Dyson AB08 Manual De Uso página 75

Ocultar thumbs Ver también para AB08:

Publicidad

GARIS PANDUAN BAHAN KIMIA
Banyak bahan kimia pencuci profesional boleh digunakan. Berikut disenaraikan beberapa bahan kimia yang
memudaratkan unit dan tidak harus digunakan. Jaminan anda akan terbatal jika menggunakan bahan ini.
Jangan gunakan:
Campuran alkohol dan asid
Alkohol
Pelarut / produk berasaskan minyak
Ammonium kuaterner
Campuran alkali dan peluntur
Bahan pembusa
Peluntur atau bahan pencuci lelas
Jangan basuh menggunakan tekanan
GARIS PANDUAN AIR
Alat pengering tangan Dyson ini mempunyai pensijilan IP24.
Penggunaan pencuci tekanan boleh menyebabkan air masuk ke dalam perumah. Kerosakan air disebabkan
pencucian yang tidak betul akan membatalkan jaminan anda.
PENYENGGARAAN PENAPIS
Periksa salur masuk udara dengan kerap untuk memastikannya bebas daripada habuk dan puing. Mengelap salur
masuk dengan kain lembut sudah memadai untuk membuang habuk dan puing.
Sekiranya salur masuk udara tersumbat, anda mungkin perlu mencuci lagi atau menukar penapis.
Jika diperlukan untuk persekitaran dengan kadar penggunaan tinggi, kit pengganti penapis Dyson menyediakan segala
kelengkapan yang anda perlukan untuk menukar penapis HEPA unit anda di tapak. Hubungi Talian Bantuan Dyson di
nombor yang terdapat di kulit belakang manual ini untuk mendapatkan maklumat lanjut.
Pencucian atau penggantian penapis untuk alat pengering tangan anda boleh dilakukan dengan berhati-hati mengikut
arahan yang diberikan dalam kit pengganti penapis. Sekiranya anda berasa ragu-ragu, dapatkan nasihat juruelektrik
bertauliah atau hubungi Talian Bantuan Dyson untuk mendapatkan sokongan.
MAKLUMAT PELUPUSAN
Produk Dyson diperbuat daripada bahan boleh kitar gred tinggi. Sila lupuskan produk ini secara bertanggungjawab
dan kitar semula selagi munasabah.
SILA DAFTAR SEBAGAI PEMILIK ALAT PENGERING TANGAN DYSON AIRBLADE V
Untuk membantu kami memastikan anda menerima perkhidmatan yang segera dan efisien, sila daftarkan unit anda di
www.dysonairblade.com
Ini akan mendaftarkan jaminan anda, mengesahkan pemilikan unit Dyson anda sekiranya berlaku kehilangan insurans,
dan membolehkan kami menghubungi anda jika perlu.
Anda memerlukan nombor siri unit anda, yang terdapat pada plat perkadaran di belakang kekisi pada bahagian sisi
alat pengering tangan, pada lembaran pendaftaran di dalam kotak dan juga pada pelekat maklumat di bahagian
hadapan unit selepas unit dikeluarkan dari kotak.
Sila pastikan semua arahan dan panduan dalam manual pengendalian ini dan panduan pemasangan dipatuhi atau
jaminan anda mungkin dibatalkan.
JAMINAN ANDA
Terma dan Syarat jaminan 5 tahun Dyson.
Jika anda telah mendaftarkan unit anda dalam talian, jaminan anda akan bermula dari tarikh pembelian. Sila simpan
bukti pembelian anda. Jika anda tidak mempunyai bukti pembelian, jaminan anda akan bermula 90 hari selepas tarikh
perkilangan mengikut rekod Dyson.
APA YANG DILIPUTI
JAMINAN 5 TAHUN
Semua bahagian kilang alat pengering tangan Dyson anda dijamin terhadap kecacatan, bahan dan mutu kerja asal
apabila digunakan menurut manual pemilik dan panduan pemasangan selama tempoh 5 tahun dari permulaan
jaminan anda. Sila hubungi talian bantuan Dyson untuk maklumat lanjut.
10.04.2015 12:32 - C72228_AB12_OPMAN_INT_X256_AB08-AB12-OPMAN_72228_15_4c0s
Apabila Dyson menentukan bahawa pemasangan badan utama perlu diganti, Dyson akan menghantar gantinya untuk
dipasang oleh pelanggan di tapak. Pelanggan perlu memulangkan sebarang bahagian yang cacat kepada Dyson
menggunakan kotak prabayar yang disediakan.
Sebarang bahagian yang digantikan mesti dikembalikan kepada Dyson atau bayaran pentadbiran akan dikenakan.
Apabila penukaran penapis diperlukan, Dyson akan menyediakan kit penukaran penapis untuk dipasang di tapak oleh
Pelanggan.
• Sebarang bahagian yang dikembalikan dan digantikan oleh Dyson akan menjadi milik Dyson.
• Penggantian sebarang bahagian unit anda yang di bawah jaminan tidak akan memanjangkan tempoh jaminan.
• Jaminan menyediakan faedah yang merupakan tambahan dan tidak memberi kesan ke atas sebarang hak statutori
yang anda miliki sebagai pengguna.
APA YANG TIDAK DILIPUTI
Dyson tidak menjamin pembaikan atau penggantian produk sekiranya kecacatan adalah akibat:
• Kerosakan tidak sengaja, kerosakan disebabkan penggunaan atau penjagaan yang cuai, penyalahgunaan yang
tidak sengaja atau sengaja, pengabaian, vandalisme, pengendalian atau pengelolaan unit yang cuai dan tidak
mematuhi Manual Pengendalian Dyson.
• Penggunaan bahagian yang dipasang menurut arahan Dyson.
• Penggunaan bahagian dan aksesori yang bukan komponen Dyson yang asli.
• Pemasangan yang tidak betul atau pemasangan yang tidak mematuhi arahan pemasangan yang diberikan oleh
Dyson dengan tepat (melainkan dipasang oleh Dyson).
• Pembaikan atau pengubahan yang dijalankan selain daripada menurut arahan Dyson.
• Kerosakan akibat sumber luaran seperti transit, cuaca, gangguan elektrik atau pusuan kuasa.
• Haus dan lusuh biasa (cth. fius, dll).
• Kerosakan akibat pembersihan yang tidak mengikut arahan dalam manual ini: contohnya, membersihkan dengan
menggunakan bahan kimia atau produk yang disenaraikan sebagai merbahaya kepada unit.
• Kerosakan disebabkan oleh kemasukan air akibat pencucian atau pengendalian yang dilarang dalam manual ini.
• Mana-mana kerosakan akibat elektrik, banjir atau struktur, atau sebarang kehilangan perniagaan atau pendapatan
akibat kegagalan produk.
Jika anda tidak pasti apa yang termasuk dalam jaminan anda, sila hubungi Dyson (butiran pada muka belakang).
MENGENAI PRIVASI ANDA
• Maklumat anda akan disimpan oleh Dyson dan ejennya bagi tujuan promosi, pemasaran dan servis.
• Jika butiran anda berubah, jika anda mengubah fikiran mengenai sebarang pilihan pemasaran anda atau jika anda
mempunyai pertanyaan mengenai cara kami menggunakan maklumat anda, sila hubungi Dyson.
• Untuk maklumat lanjut mengenai bagaimana kami melindungi privasi anda, sila lihat dasar privasi kami di laman
web Dyson.
CN
维护干手器
如何使用
1. 将手放在戴森干手器的下方, 干手器就会自动启动, 产生空气流将手上的水吹干。
2. 将双手慢慢地在空气流中前后移动, 并翻转双手以使手背和手掌都暴露在空气流中。
故障排除指南
问题
干手器无法启动。
干手器在使用时有时停止运作, 但稍后又重新开始工作。
75
解决方案
检查保险丝/断路器是否正常工作以及电源是否接上。 必须由合格的电工
执行。
如果有安全的开关方法可用, 将设备打开再关闭, 否则应请电工来执行此
任务。
检查空气进口是否洁净没有灰尘。 如果空气进口有灰尘或变脏, 只需用软
布除去尘屑即可。

Publicidad

loading

Este manual también es adecuado para:

Ab12