PERLINDUNGAN IMPAK SISI LINEAR (L.S.P)
Jika Perlindungan Impak Sisi (f) menyebabkan masalah pada pintu kereta
atau ruang kerusi penumpang menjadi sempit, ia boleh ditanggalkan. Untuk
melakukannya, tekan Butang Pelepas Perlindungan Impak Sisi (v). Untuk
mencapai butang ini, pelapik penyandar belakang perlu ditanggalkan. Untuk
memasang L.S.P. semula (f) kepada kerusi keselamatan kanakkanak, ikut
arahan untuk menanggalkannya dalam urutan berlawanan.
PENYANDAR KEPALA BOLEH CONDONG
Penyandar Kepada Boleh Condong (y) membantu untuk menghalang kepada
kanakkanak daripada tertunduk ke depan secara berbahaya semasa tidur.
Penyandar boleh ditetapkan pada tiga kedudukan.
Tolak Penyandar Kepada Boleh Condong (y) ke depan sehingga mencapai
kedudukan yang dikehendaki.
Kepala kanakkanak hendaklah sentiasa menyentuh Penyandar Kepala
Boleh Condong.
MENANGGALKAN DAN MEMASANG SEMULA PELAPIK KERUSI
Pelapik kerusi keselamatan kanakkanak terdiri daripada empat bahagian
(penyandar kepala, penyandar belakang, peninggi dan perisai impak).
Bahagian ini berada pada kedudukannya di beberapa tempat menggunakan
stad tekan dan gelung getah. Apabila semua lekapan telah dilepaskan,
bahagian berasingan pada pelapik boleh ditanggalkan.
Untuk memasang semula pelapiknya pada kerusi, ikut arahan pengeluaran
mengikut urutan terbalik.
Pelapiknya hanya boleh dibasuh pada suhu 30 °C dengan program basuh
lembut, jika tidak fabrik pelapik itu akan berubah warna. Sila basuh pelapik
secara berasingan daripada pakaian lain dan jangan keringkan di dalam
mesin pengering atau di bawah sinaran matahari!
WARANTI DAN PERATURAN PELUPUSAN
CYBEX GmbH (Riedingerstr. 18, 95448 Bayreuth, Jerman) memberikan
jaminan produk selama 3 tahun. Waranti ini sah di negara produk ini dijual
pada awalnya oleh peruncit kepada pelanggan. Kandungan jaminan dan
semua maklumat penting yang diperlukan untuk pernyataan jaminan boleh
didapati di laman utama kami www.go.cybex-online.com. Jika waranti
ditunjukkan dalam penerangan artikel, hak undangundang terhadap kami
kerana kecacatan kekal tidak terjejas.
Sila patuhi peraturan pelupusan sisa di negara anda.
MS
147