Bahasa Malaysia
Pencucian
Sebelum produk ini digunakan buat pertama kali,
cucinya menggunakan tangan dan keringkan
dengan teliti.
Bersihkan periuk/kuali selepas digunakan dengan
mencucinya menggunakan tangan di dalam air
dengan berus. Jika anda membasuh kuali semasa
ia masih hangat, ia lebih mudah dibersihkan.
Kesat sehingga kering dengn berhati-hati selepas
dibasuh.
Guna hanya air panas untuk mencuci, tanpa bahan
cuci.
Arahan penjagaan
Untuk pembiasaan sesuatu periuk/kuali, gosok
sedikit minyak pada keseluruhan permukaan.
Kemudian panaskan periuk/kuali di dalam ketuhar
atau di atas hob kepada maksimum 150°C (300°F)
selama minimum satu jam. Biarkan periuk/kuali
menyejuk dan kesat lebihan minyak. Rawatan ini
hendaklah diulang-ulang sebanyak tiga kali jika
produk ini baharu. Selepas pembiasaan sebanyak
tiga kali, periuk/kuali ini perlu dirawat sekali-sekala.
Jika ada kakisan atau kesan makanan, atau jika
makanan hangus atau melekat, periuk/kuali ini
boleh dibersihkan dengan wul keluli atau span
pelelas dan kemudian melalui pembiasaan semula.
Untuk manfaat
Kuali ini sesuai untuk kegunaan di atas semua jenis
hob dan selamat untuk ketuhar.
Apabila makanan dimasak di dalam periuk/kuali
besi tuang yang tidak dirawat, lemak gorengan
akan terkumpul di liang-liang kecil permukaan
besi tuang. Ini bermakna bahawa makanan
digoreng atau diperangkan tidak secara langsung
bersentuhan dengan dasarnya, tetapi ldengan
lapisan lemak, yang menambahkan warna perang
yang menarik pada permukaan masakan anda.
Ini juga menghalang makanan daripada mudah
hangus. Bagi mengelakkan bahan daripada
mengering dan membuang lapisan lemak yang
perlu, kuali hendaklah di bersihkan dengan air
16