Pengenalan.................................................................191
Keselamatan...............................................................192
Pemasangan...............................................................196
Pengendalian..............................................................197
Penyelenggaraan........................................................203
Pencarisilapan............................................................ 210
Tujuan kegunaan
Gergaji rantai untuk perkhidmatan perhutanan direka
bentuk untuk kerja perhutanan seperti penebangan,
pemangkasan dan pemotongan.
Nota:
Peraturan negara boleh mengehadkan
pengendalian produk.
Gambaran keseluruhan produk
(Rajah 1)
1. Penutup silinder
2. Palam pencucuh dan penutup palam pencucuh
3. Suis mula/henti
4. Pemegang belakang
5. Penapis udara
6. Tangki bahan api
7. Tangki minyak rantai
8. Pemegang tali penghidup
9. Perumah penghidup
10. Brek rantai dan pelindung tangan hadapan
11. Pemegang hadapan
12. Mentol singkir udara
13. Penyekat picu pendikit
14. Pelindung tangan kanan
15. Penutup cekam
16. Skru penegang rantai
17. Jalur brek
18. Penangkap rantai
19. Sistem penyerap getaran
20. Rantai gergaji
21. Bar panduan
22. Gegancu hujung bar
23. Pelindung pengangkutan
24. Manual pengendali
25. Perengkuh gabungan
26. Peredam bunyi
27. Skru pelaras karburetor
28. Picu pendikit
29. Pelekat maklumat dan amaran
30. Plat produk dan nombor siri
930 - 007 - 06.03.2023
Kandungan
Pemindahan dan simpanan........................................ 211
Untuk menyediakan produk anda bagi simpanan
jangka masa panjang..................................................211
Data teknikal............................................................... 211
Aksesori...................................................................... 213
Pengisytiharan Pengakuran........................................214
Pengenalan
Perihalan produk
Husqvarna 120, 125 ialah model gergaji rantai dengan
enjin pembakaran.
Kami sedang meneruskan usaha untuk meningkatkan
keselamatan dan kecekapan anda semasa
mengendalikan produk ini. Rujuk dengan pengedar
servis anda untuk maklumat lanjut.
31. Pelekat peringatan pemula
32. Tanda arah tumbang
Simbol pada produk ini
(Rajah 2)
(Rajah 3)
(Rajah 4)
(Rajah 5)
(Rajah 6)
(Rajah 7)
(Rajah 8)
Berhati-hati dan gunakan produk dengan
betul. Produk ini boleh menyebabkan
kecederaan serius atau kematian kepada
pengendali dan orang lain.
Baca manual pengendali dengan teliti dan
pastikan bahawa anda memahami arahan
penggunaannya sebelum menggunakan
produk ini.
Sentiasa pakai topi keledar pelindung
yang diluluskan, pelindung telinga yang
diluluskan dan pelindung mata.
Gunakan 2 tangan untuk mengendalikan
produk.
Jangan biarkan hujung bar panduan
menyentuh objek.
Jangan kendalikan produk dengan
sebelah tangan sahaja.
Amaran! Lantunan boleh berlaku apabila
hujung bar panduan menyentuh objek.
Lantunan boleh menyebabkan gerak
balas songsang sepantas kilat yang
menendang bar panduan ke atas dan
ke arah pengendali. Boleh menyebabkan
kecederaan serius.
191