Iqua BHS-333 Manual Del Usuario página 26

Ocultar thumbs Ver también para BHS-333:
Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • MX

Idiomas disponibles

  • MEXICANO, página 11
Lihat Rajah 1 dan Rajah 2
Gambaran keseluruhan produk
. Butang Multifunction
Mengendalikan fungsi panggilan
2. Lampu Penunjuk
Petunjuk status dengan lampu hijau
3. Penyambung pengecas
4. Penyumbat telinga
5. Mikrofon
Kandungan pakej jualan
a. Set kepala
b. Pengecas dinding
c. Panduan pengguna
d. Dua penyumbat telinga (satu terpasang pada set kepala)
e. Cangkuk telinga (boleh didapati dalam pasaran terpilih)
Maklumat Am
Terima kasih kerana membeli Set Kepala Bluetooth® Tanpa Wayar Iqua BHS-333.
Peranti baru anda ini merupakan produk bergaya yang membolehkan anda
berkomunikasi dengan telefon bimbit serasi yang menyokong teknologi tanpa wayar
Bluetooth, dengan selesa.
Untuk bermula
Mengecas bateri
Sebelum menggunakan BHS-333, anda hendaklah terlebih dahulu mengecasnya kira-
kira 2 jam. Apabila bateri sudah tercas sepenuhnya, set ini memberikan masa bercakap
sehingga 6 jam dan masa tunggu sedia sehingga 50 jam.
Sentiasa gunakan pengecas yang dibekalkan dalam pakej jualan.
. Sambungkan kabel pengecas kepada BHS-333.
2. Cucukkan pengecas pada soket dinding. Lampu hijau akan menyala.
3. Apabila bateri telah tercas sepenuhnya, lampu hijau akan padam.
Menghidup dan mematikan
Untuk menghidupkan BHS-333
Apabila set kepala mati, tekan butang Multifunction sehingga ada mendengar bunyi dan
lampu hijaunya berkelip-kelip.
Untuk mematikan BHS-333
Apabila set kepala hidup, tekan dan tahan butang Multifunction sehingga ada mendengar
bunyi meninggi dan lampu hijaunya berkelip sekali dan kemudian mati.
Memasangkan set kepala Bluetooth dengan telefon bimbit Bluetooth
Pemasangan adalah proses menghubungkan BHS-333 kepada telefon bimbit berdaya
Bluetooth anda.*
Setelah proses ini selesai, anda boleh menggunakan BHS-333 bersama dengan telefon
bimbit yang telah dipasangkan dengannya.
Jika anda ingin menggunakan bhs-333 dengan telefon bimbit lain, anda hendaklah
mengulangi proses pemasangan ini. Walaupun BHS-333 boleh dipasangkan dengan 8
telefon serasi, ia hanya boleh bersambung kepada satu telefon sahaja pada satu-satu
masa. Apabila ia telah dipasangkan dengan 8 telefon, peranti ke-9 yang dipasangkan
akan menggantikan peranti pertama yang dipasangkan dengannya.
. Semasa set kepala mati, tekan dan tahan butang Multifunction sehingga ada
mendengar dua jenis bunyi dan lampu hijaunya berkelip-kelip dengan cepat.
2. Lepaskan butang tadi. BHS-333 telah berada dalam mod pasangan sekarang ini,
menunggu telefon bimbit anda menghubunginya.
3. Lengkapkan pemasangan dengan telefon bimbit anda. Sila rujuk kepada manual
telefon bimbit anda untuk mengetahui lebih lanjut tentang cara mencari dan
memasang. Apabila telefon telah menjumpai set kepala, ia akan memaparkan Iqua
BHS-333 pada skrinnya. Untuk memasangkannya dengan telefon, masukkan kod
PIN 0000.
4. Setelah selesai pemasangan, BHS-333 akan bersambung ke telefon bimbit anda
secara automatik. Walaupun setelah selesai pemasangan, sesetengah telefon tidak
bersambung kepada set kepala secara automatik. Jika ini berlaku, sila pastikan
bahawa anda telah menyambungkan telefon kepada set kepala (sila rujuk kepada
manual telefon bimbit anda). Sebaik sahaja pemasangan dan penyambungan
berjaya, lampu hijaunya akan berkelip sebanyak dua kali setiap 5 saat.
Jika set kepala dihidupkan dalam jarak 0 meter dari beberapa telefon yang
dipasangkan dengannya, set kepala ini akan cuba bersambung dengan telefon terakhir
yang bersambung dengannya dalam masa 0 saat. Jika set kepala tidak bersambung
dengan telefon terakhir yang bersambung dengannya (sebagai contoh, telefon yang
dipasangkan dengannya itu dimatikan atau telefon itu menolak sambungan), lampu
hijaunya akan berkelip sekali setiap 3 saat bagi menandakan yang ia hidup tetapi tiada
sambungan Bluetooth.
* Untuk maklumat keserasian terkini sila lawati www.iqua.com
Memutuskan sambungan antara BHS-333 dan telefon anda
Cara termudah untuk memutuskan sambungan antara BHS-333 dan telefon anda adalah
dengan mematikan BHS-333.
Menyambungkan semula set kepala yang telah dipasangkan dengan telefon yang
serasi dengannya
Untuk menyambungkan semula BHS-333 kepada telefon terakhir yang bersambung
dengannya sebelum ini, hidupkan set kepala dan ia akan bersambung kepada telefon
anda secara automatik.
Fungsi Panggilan
Menjawab panggilan
Apabila terdapat panggilan masuk, anda akan mendengar nada dering melalui set
kepala. Tekan butang Multifunction untuk menjawab panggilan masuk. Anda akan
mendengar bunyi apabila panggilan telah dijawab.
Menamatkan panggilan
Untuk menamatkan panggilan aktif, tekan dengan ringan butang Multifunction. Anda
akan mendengar bunyi apabila panggilan telah ditamatkan.
Menolak panggilan
Apabila anda menerima panggilan masuk yang tidak ingin dijawab, tekan dan tahan
butang Multifunction untuk menolak panggilan tersebut.
Mendail semula nombor teakhir yang didail (jika disokong oleh telefon)
Untuk membuat panggilan ke nombor terakhir yang didail, tekan butang Multifunction
sebanyak dua kali semasa tiada panggilan. Anda akan mendengar bunyi nyaring
apabila nombor tersebut didail. Sila ambil perhatian bahawa sesetengah telefon tidak
menyokong pendailan semula.
Pendailan suara (jika disokong oleh telefon)
Untuk mengaktifkan fungsi pendailan suara telefon anda, tekan butang Multifunction
semasa tiada panggilan. Anda akan mendengar bunyi nyaring, yang menandakan
bahawa anda boleh menyebut tag suara sekarang. Untuk keterangan lanjut, sila rujuk
kepada manual telefon bimbit anda. Sila ambil perhatian bahawa sesetengah model
telefon tidak menyokong pendailan suara.
Spesifikasi Produk
Model
BHS-333
Saiz
48 (P) x 9 (L) x 3 (T) mm
Berat
0g
Masa berbual
Sehingga 6 jam
Masa tunggu sedia
Sehingga 50 jam
Masa pengecasan
Dalam masa 2 jam
Jenis bateri
Bateri boleh cas semula dengan penyambung bicu 2.0mm
Standard Bluetooth
Bluetooth 2.0 EDR
Profil Bluetooth yang disokong
Handsfree 1.5 dan Headset 1.1
Sambungan
Titik-ke-titik
Peranti terpasang
Sehingga 8, satu dalam satu-satu masa.
Jarak kendalian
0 meter
Julat suhu kendalian
0ºC hingga 50ºC
Ringkasan petunjuk lampu
Lampu LED BHS-333 ialah hijau dan kebiasaannya ia disertai dengan isyarat bunyi.
Kuasa hidup tetapi tiada
sambungan Bluetooth
Sambungan Bluetooth hidup
Bateri lemah
Mengecas bateri
Pengurusan kuasa
Produk ini dibekali kuasa oleh bateri boleh cas terbina dalam yang tidak boleh diganti.
Jangan sesekali cuba mengganti bateri. Bateri boleh cas boleh dicas dan dinyahcas
beratus-ratus kali, tetapi lama-kelamaan ia akan haus. Selepas suatu tempoh masa yang
berbeza-beza bergantung kepada keadaan penggunaannya, anda akan dapati bateri
terbina dalam ini hanya mampu membekalkan kuasa kepada peralatan anda untuk dua
jam sahaja dan ia memerlukan anda mengecasnya dengan lebih kerap lagi.
Cas peranti anda dengan menggunakan pengecas yang disediakan dalam pakej
jualan ini sahaja. Cabut palam pengecas jika tidak digunakan. Jangan biarkan peranti
bersambung kepada pengecas lebih lama daripada masa yang diperlukan, kerana
pengecasan berlebihan mungkin memendekkan jangka hayat bateri.
Jika dibiarkan tidak digunakan bateri yang tercas penuh akan menyahcas sendiri
mengikut masa.
Tinggi rendah suhu yang melampau boleh menjejaskan keupayaan pengecasan bateri.
Sentiasa pastikan peranti berada dalam keadaan suhu antara 5°C dan 25°C (59°F dan
77°F). Meninggalkan peranti di dalam tempat yang panas atau sejuk seperti di dalam
kereta tertutup pada musim panas atau sejuk akan mengurangkan keupayaan dan
memendekkan jangka hayat bateri. Peranti yang baterinya panas atau sejuk mungkin
tidak dapat berfungsi seketika walaupun bateri itu tercas penuh. Prestasi bateri sangat
terhad dalam telaga suhu di bawah takat beku. Jangan cas bateri di dalam persekitaran
yang lembap.
Penjagaan dan Penyelenggaraan
– Jangan dedahkan peranti kepada cecair atau lembapan kerana ia tidak
kalis air.
– Jangan guna atau simpan peranti di dalam tempat yang berhabuk dan
kotor. Bahagian boleh gerak dan komponen elektroniknya boleh rosak.
– Jangan simpan peranti di tempat panas. Suhu tinggi boleh memendekkan
jangka hayat peranti elektronik, merosakkan bateri dan meleding atau
mencairkan sesetengah plastik.
– Jangan simpan peranti di tempat sejuk. Apabila peranti kembali ke suhu
normalnya, lembapan mungkin akan terbentuk di dalam peranti dan
merosakkan papan litar elektroniknya.
– Jangan jatuhkan, ketuk atau goncang peranti ini. Pengendalian yang kasar
boleh mematahkan papan litar dan bahagian mekanik halusnya.
– Jangan gunakan bahan kimia, pelarut atau bahan pencuci yang kuat untuk
membersihkan peranti ini.
– Gunakan kain yang lembut, bersih dan kering untuk membersihkan kanta-
kantanya.
– Jangan dedahkan peranti anda kepada sentuhan dengan objek tajam
kerana ini akan menyebabkan calar dan kerosakan.
– Jangan lekatkan apa-apa di bahagian dalam peranti kerana ini boleh
merosakkan komponen dalamnya.
– Jangan buka peranti atau pengecas kerana kedua-duanya tidak mempunyai
bahagian yang perlu diservis dan dengan membukanya anda mungkin
terdedah kepada voltan berbahaya atau bahaya lain.
Bertindak mengikut undang-undang dan peraturan tempatan dan jangan buang produk
ini sebagai sebahagian daripada buangan isi rumah biasa. Ikut sistem pungutan
berasingan yang berkenaan bagi barangan elektrik dan elektronik.
Bagaimana untuk mendapatkan perkhidmatan bagi Produk IQUA saya?
Jika anda yakin anda layak mendapatkan perkhidmatan pembaikan atau ganti bagi
produk IQUA anda berdasarkan hak berkanun di bawah undang-undang negara yang
boleh dikenakan berkaitan penjualan barangan konsumer atau jaminan yang diberikan
oleh wakil penjual yang telah menjual Produk IQUA ini kepada anda, sila hubungi wakil
penjual anda.
AKUAN PEMATUHAN
Kami, Iqua Ltd., mengaku di bawah tanggungjawab kami sendiri, bahawa produk ini,
BHS-333, mematuhi peruntukan-peruntukan Arahan Majlis berikut: 999/5/EC. Salinan
Akuan Pematuhan ini boleh didapati di http://www.iqua.com/declaration_of_conformity
Copyright © 2008 Iqua Ltd
26
Lampu hijau berkelip sekali setiap 3 saat
Lampu hijau berkelip dua kali setiap 5 saat
Lampu hijau berkelip dua kali setiap 3 saat
dan bunyi perlahan dibunyikan
Lampu hijau menyala berterusan
MY

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Tabla de contenido