Descargar Imprimir esta página

DJI D12000iEP Guía De Usuario página 51

Publicidad

Idiomas disponibles
  • MX

Idiomas disponibles

  • MEXICANO, página 89
Penafian
Tahniah atas pembelian produk DJI
amalan selamat dan sah yang disediakan DJI dengan teliti sebelum penggunaan. Kegagalan untuk
membaca dan mengikut arahan serta amaran boleh mengakibatkan kecederaan serius terhadap diri
anda atau orang lain, kerosakan produk DJI anda atau kerosakan objek lain di sekitarnya. Dengan
menggunakan produk ini, anda dengan ini menandakan bahawa anda telah membaca dokumen
ini dengan teliti dan bahawa anda memahami serta bersetuju untuk mematuhi semua terma dan
syarat dalam dokumen ini serta semua dokumen yang berkaitan dengan produk ini. Anda bersetuju
untuk hanya menggunakan produk ini untuk tujuan yang wajar. Anda bersetuju bahawa anda
bertanggungjawab sepenuhnya terhadap tingkah laku anda sendiri semasa menggunakan produk
ini dan atas segala akibatnya. DJI tidak bertanggungjawab terhadap kerosakan, kecederaan atau apa-
apa tanggungjawab undang-undang yang timbul secara langsung atau tidak langsung akibat daripada
penggunaan produk ini.
DJI ialah tanda dagangan SZ DJI TECHNOLOGY CO., LTD. (disingkatkan sebagai "DJI") dan syarikat
gabungannya. Nama produk, jenama dan lain-lain yang terdapat dalam dokumen ini ialah tanda
dagangan atau tanda dagangan berdaftar syarikat pemiliknya masing-masing. Hak cipta produk dan
dokumen ini adalah milik DJI dan semua hak cipta adalah terpelihara. Tiada bahagian produk atau
dokumen ini boleh diterbitkan semula dalam sebarang bentuk tanpa kebenaran bertulis atau keizinan
DJI terlebih dahulu.
Dokumen ini serta semua dokumen sandaran lain boleh berubah mengikut budi bicara DJI. Kandungan
ini tertakluk pada perubahan tanpa pemberian notis terlebih dahulu. Untuk mendapatkan maklumat
produk yang terkini, lawati http://www.dji.com dan akses halaman produk bagi produk ini.
Amaran
1. Sila baca arahan yang berikut dengan teliti sebelum penggunaan. Kegagalan mematuhi arahan
yang berkaitan mungkin mengakibatkan kerosakan harta benda, kecederaan diri atau kematian.
Amaran dan langkah berjaga-jaga dalam manual ini tidak merangkumi semua situasi yang mungkin
berlaku dan pengguna memerlukan pertimbangan akal semasa menggunakan produk serta
mengekalkan sikap berhati-hati.
2. Pengguna perlu memahami operasi semua komponen kawalan dan mengetahui cara menghentikan
penjana sewaktu kecemasan.
3. Enjin belum diisi dengan minyak sebelum meninggalkan kilang. Tambahkan minyak enjin SJ 10W-
40 (atau setara) sebelum penggunaan.
4. Untuk mencabut atau menyambung semula penyambung antara modul DC degan penjana,
matikan penjana terlebih dahulu. JANGAN lakukan operasi ini semasa penjana sedang dijalankan.
5. Penjana mestilah diletakkan di atas permukaan yang rata dan stabil sekurang-kurangnya sejauh
1.5 m dari bangunan atau peralatan lain. Pastikan terdapat ruang yang mencukupi untuk
pengudaraan.
6. Penjana perlu dimatikan semasa mengisi minyak.
7. JANGAN merokok berhampiran tangki bahan api penjana dan jauhkan penjana daripada api atau
percikan api.
8. Gunakan penjana di ruang luar yang terbuka dengan pengudaraan yang baik. Untuk mengelakkan
kebakaran, pastikan tiada bahan mudah terbakar berhampiran peredam bunyi atau port ekzos
semasa penjana sedang digunakan.
9. Pastikan penjana bersih dan kemas. Gunakan tuala kering untuk membersihkan penjana jika
terdapat sebarang tumpahan bahan api atau bahan mudah terbakar pada penjana.
10. JANGAN sentuh enjin atau peredam bunyi semasa penjana sedang dijalankan untuk mengelakkan
daripada melecur.
11. JANGAN sambungkan penjana kepada bekalan sesalur atau penjana lain. Penjana tersebut
mestilah digunakan secara bersendirian.
50
TM
baharu anda. Baca keseluruhan dokumen ini serta semua

Publicidad

loading