Pemasangan Pemegang
Sejajarkan pemegang dengan lubang pemasangan pada bingkai penjana, masukkan bolt melalui
lubang pemasangan dan ketatkan dengan nat.
1
2
3
1. Bolt
2. Pemegang
3. Klip
Pengenalan
Penjana Penyongsang Berbilang Fungsi D12000iEP (selepas ini dirujuk sebagai penjana)
menggabungkan fungsi pengecas bateri serta penjana. Dilengkapi dengan sistem suntikan bahan
api elektronik, penjana memberikan kebolehpercayaan yang lebih tinggi dengan output yang stabil
dan penggunaan bahan api yang lebih rendah berbanding dengan penjana yang menggunakan
karburetor. Penjana ini mampu mengecas satu bateri penerbangan pintar pada satu-satu masa dan
turut menyokong output kuasa AC 1500 W*. Rujuk bahagian Spesifikasi untuk mendapatkan maklumat
lanjut tentang keserasian bateri.
Ilustrasi dalam panduan pengguna ini mungkin berbeza daripada produk sebenar.
*Output kuasa AC penjana mungkin berbeza mengikut negara dan wilayah anda. Rujuk bahagian Spesifikasi untuk
mendapatkan butiran lanjut.
53