Item Pemeriksaan Penting
1. Memeriksa paras bahan api: Isi tangki bahan api sebelum pengendalian untuk mengurangkan
kemungkinan operasi terganggu oleh paras bahan api yang rendah.
2. Memeriksa paras minyak enjin: Penggunaan pada paras minyak enjin yang rendah akan
menyebabkan kerosakan pada enjin. Apabila jumlah minyak enjin turun di bawah paras keselamatan,
sensor minyak enjin terbina dalam akan menghentikan fungsi enjin. Periksa paras minyak enjin
sebelum setiap pengendalian untuk mengelakkan kesulitan yang disebabkan oleh kegagalan yang
tidak dijangkakan.
3. Menyemak bahagian penapis span pada penapis udara: Bahagian penapis span yang kotor
mengurangkan jumlah udara yang memasuki unit suntikan bahan api elektronik yang seterusnya
mengurangkan prestasi penjana.
Menggunakan Penjana
Pengaktifan
Penjana perlu diaktifkan sebelum penggunaan kali pertama. Sambungkan alat kawalan jauh kepada
Internet dahulu. Gunakan kabel USB-C untuk menyambung kepada penyambung USB-C penjana
serta penyambung USB-A alat kawalan jauh. Jalankan apl DJI Agras pada alat kawalan jauh dan pilih
Pengurusan Peranti > Mengecas Peranti untuk mengaktifkan penjana.
Menghidupkan Penjana
1. JANGAN sambungkan kepada mana-mana peranti elektrik sebelum menghidupkan penjana.
2. Pastikan enjin telah diisi dengan minyak enjin dan tangki bahan api diisi dengan bahan api tidak
kurang daripada 1L.
3. Tukar kedudukan injap bahan api kepada ON.
4. Sambungkan kabel pengecas kepada Bateri Penerbangan Pintar yang dimatikan. Tekan butang
kuasa, kemudian tekan dan tahan butang yang sama sekali lagi untuk menghidupkan alat kawalan
jauh.
5. Alihkan suis enjin kepada kedudukan START dan tahan suis sekurang-kurangnya selama 3 saat
sebelum melepaskannya. Suis enjin akan kembali kepada kedudukan ON dan penjana akan
dimulakan secara automatik.
6. Penjana akan mula mengecas bateri. Setiap satu daripada empat LED bateri akan berkelip secara
berturut-turut sewaktu pengecasan. Tanggalkan bateri apabila empat LED bertukar padu atau mati
dan sambungkan bateri lain untuk dicas.
• Bateri mestilah dimatikan sebelum disambungkan kepada penjana.
• Penjana akan cuba menghidupkan suis enjin secara automatik, maksimum sebanyak tiga kali
setiap kali suis dialihkan kepada kedudukan START dengan selang lima saat antara setiap
percubaan. Jika penjana gagal dihidupkan selepas tiga percubaan automatik atau berhenti
sejurus selepas dimulakan, sambungkan penjana kepada alat kawalan jauh untuk melihat
maklumat lanjut berkenaan dengan pincang tugas ini.
• Jika terdapat sebarang peranti elektrik yang berfungsi disambungkan kepada salur keluar
AC semasa mengecas bateri, kapasiti pengecasan untuk bateri akan berkurangan dengan
sewajarnya dan masa pengecasan akan dilanjutkan.
Menghentikan Penjana
1. Matikan semua peranti elektrik yang disambungkan.
2. Alihkan suis enjin kepada kedudukan OFF dan penjana akan berhenti dijalankan.
58