PRAKATA
Kami berterima kasih dan mengucapkan tahniah di atas pilihan kereta baru anda.
Buku panduan ini mengandungi maklumat penting tentang radio kereta Proton baru anda serta nasihat penting lain yang perlu diikuti dengan teliti.
Sebelum anda menggunakan radio kereta baru anda, sila baca maklumat dengan teliti dan simpankannya untuk dijadikan rujukan.
Keselamatan tra k
Sebagai seorang pemandu kenderaan bermotor, anda bertanggungjawab untuk memberikan perhatian kepada situasi trafi k pada setiap masa.
Jangan gunakan radio kereta jika ia boleh mengganggu anda. Sila ingat bahawa anda bergerak sejauh 14m per saat hanya dengan kelajuan 50km/j.
Sekiranya situasi trafik menjadi agak mencabar, kami menasihatkan anda agar tidak menggunakan radio. Pastikan anda sentiasa
dapat mendengar sebarang bunyi isyarat dari luar kenderaan, seperti siren pihak polis atau bomba, jadi anda boleh bertindak
sewajarnya.
"Made for iPod" dan "Made for iPhone" bermakna sesuatu aksesori elektronik telah direka bentuk untuk bersambung secara spesifi k kepada iPod atau
iPhone, masing-masing, dan telah disahkan oleh pembangun untuk memenuhi standard prestasi Apple. Apple tidak akan bertanggungjawab bagi kendalian
peranti ini atau kepatuhannya pada standard keselamatan dan peraturannya. Sila ambil perhatian bahawa penggunaan aksesori ini dengan iPod atau
iPhone boleh menjejaskan prestasi wayarles.
Perkataan dan logo Bluetooth
dimiliki oleh Bluetooth
SIG, Inc. dan Clarion Malaysia mempunyai lesen untuk sebarang penggunaan tanda-tanda tersebut.
®
®
Tanda dagang dan nama dagang yang lain dimiliki oleh pemiliknya masing-masing.
40
PX-3962A-A_MS.indd 40
17-Mar-16 2:51:04 PM