XV1433
Kit penyelenggaraan
dengan 2 penuras, 1 berus
utama dan 1 berus sisi.
Mengeluarkan bateri boleh cas semula
Untuk mengeluarkan bateri boleh cas semula, ikut arahan di bawah. Anda juga
boleh membawa robot ke pusat khidmat Philips untuk mengeluarkan bateri
boleh cas semula. Hubungi Pusat Layanan Pelanggan Philips di negara anda
untuk alamat pusat khidmat berdekatan dengan anda.
Lakukan sebarang langkah berjaga-jaga yang perlu apabila anda
mengendalikan alat untuk membuka produk dan apabila anda
membuang bateri boleh cas semula.
Amaran: Sebelum anda mengeluarkan bateri, pastikan produk
diputuskan sambungan daripada stesen dan bateri telah kosong
sepenuhnya.
1 Mulakan robot dari suatu tempat di dalam bilik dan bukan dari stesen.
2 Biarkan robot itu berjalan sehingga bateri boleh cas semula telah kosong
untuk memastikan bateri boleh cas semula dinyah cas sepenuhnya sebelum
anda mengeluarkan dan membuang bateri tersebut.
Bahasa Melayu
97