Descargar Imprimir esta página

PROVOX TruTone Emote Manual De Instrucciones página 193

Ocultar thumbs Ver también para TruTone Emote:

Publicidad

Idiomas disponibles
  • MX

Idiomas disponibles

  • MEXICANO, página 47
7c. Lampu penunjuk, mengecas:
• Apabila mengecas, lampu penunjuk LED menjadi stabil.
• Apabila pengecasan selesai, lampu penunjuk LED berkelip.
• Cabut palam unit apabila pengecasan selesai untuk menjimatkan kuasa.
Awas: Jangan cuba mengecas bateri alkali atau bateri 'bukan boleh dicas semula'
yang lain. Bateri mesti dilupuskan dengan betul. Kitar semula bateri mengikut
syarat tempatan.
8. Penjagaan am dan penyelesaian masalah
Pembersihan
• Lap dengan kain lembap.
• Jangan gunakan minyak, pembersih sentuhan elektrik atau bahan kimia
kerana ia boleh menyebabkan kerosakan. Isopropil alkohol (alkohol gosok)
adalah selamat.
• Jangan gunakan kain yang terlalu basah. Penggunaan kain yang terlalu basah
mungkin membiarkan cecair berlebihan menembusi alat dan menyebabkan
kerosakan.
Kerosakan air
JANGAN AKTIFKAN PERANTI!
• Tanggalkan penutup dan penutup debu USB(TTE/P) dari badan dan cabut
bateri.
• Letakkan dalam bekas yang tertutup dengan beras kering selama dua hari
sebelum mengujinya.
Kelantangan rendah atau suara teredam
• Cuba gunakan atau alihkan penjarak bunyi utama. (TTE/P)
• Mengecas bateri.
• Pastikan diafragma terletak dengan betul, lihat halaman 4, Gambar C
Dengung berlebihan
• Pastikan anda mempunyai penutupan kedap antara alat dan leher, sepanjang
permukaan rata bunyi utama.
• Cuba posisi yang berbeza – 1/8 inci (3 mm) boleh mendapat hasil yang amat
berbeza.
• Laraskan tahap nada dan kelantangan.
• Cuba pembolehubah oral.
Nada tidak stabil
• Cuba mod dengan kepekaan yang lebih rendah (TTE/P)
Kelantangan tidak stabil
• Cuba mod yang bukan mod kelantangan. (TTE/P)
9. Peletakan leher elektrolarinks
• Letakkan bunyi utama (A) di leher anda dan aktifkan butang bercakap.
Jangan menutup stoma.
• Bercakap apabila bunyi dibawa ke dalam mulut anda. Jangan paksa keluar
udara.
• Pastikan kedap udara antara bunyi utama dan leher anda.
• Cuba kedudukan yang berlainan sehingga anda mendapat bunyi yang terbaik.
NOTA: Malah perubahan kedudukan sebanyak 3 mm boleh memberi kesan
yang sangat besar pada kelantangan bunyi.
• Cuba letakkan pada pipi, atau gunakan pembolehubah oral jika terdapat leher
lembut atau berdengung berlebihan.
• Menyelaraskan nada asas ke atas atau ke bawah dapat menghasilkan suara
yang lebih baik.
• Nada jarak pertengahan lebih senang didengar oleh kebanyakan orang.
193

Publicidad

loading

Este manual también es adecuado para:

Trutone plusSolatone plus