Menghidupkan Dan Mematikan; Menghidupkan Dan Mematikan Enjin - Husqvarna 120 Manual De Instrucciones

Ocultar thumbs Ver también para 120:
Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • MX

Idiomas disponibles

  • MEXICANO, página 308

Menghidupkan dan Mematikan

enjin
AMARAN! Ingat perkara-perkara berikut
!
sebelum menghidupkan:
Brek rantai mesti diaktifkan bila gergaji
rantai dihidupkan untuk mengurangkan
risiko terkena rantai yang berputar.
Jangan hidupkan gergaji rantai kecuali
papan, rantai dan semua penutup telah
dipasang dengan betul. Klac mungkin
boleh terlepas dan menyebabkan
kecederaan diri.
Letakkan mesin di tempat rata. Pastikan
kedudukan anda stabil dan rantai tidak
tersentuh dengan objek-objek lain.
Jauhkan orang dan haiwan dari kawasan
kerja.
Menghidupkan
Brek rantai mesti dipasang apabila gergaji rantai
dihidupkan. Aktifkan brek dengan menggerakkan tuil
keselamatan ke hadapan. (42)
Enjin sejuk
Posisi Mula, 1: Move the ON/OFF switch to ON "I"
position.
Choke, 2: Laras kawal cengkik ke posisi cengkik. Apabila
pencekik/tuil melahu laju ditarik keluar sejauh yang boleh,
seting pendikit yang betul ditetapkan secara automatik.
(38)
Singkir udara, 3: Tekan diafragma singkir udara
berulang kali sehingga bahan bakar memenuhi diafragma
(lebih kurang 6 kali). Diafragma tidak semestinya betul-
betul penuh. (38)
Tarik pemegang pemula, 4: Cengkam pemegang
hadapan dengan tangan kiri anda. Tahan gergaji rantai
atas permukaan tanah dengan menempatkan kaki kanan
anda melalui pemegang belakang. Tarik pemegang
penghidup dengan tangan kanan anda dan tarik keluar
tali penghidup dengan perlahan sampai anda merasakan
rintangan (seperti penghidup penyangkut (pawls)) lalu
tarik dengan kuat dan cepat sampai enjin menghasilkan
pembakaran. (39)
Choke, 5: Tolak ke dalam kawalan cekik sebaik sahaja
enjin dicetus yang boleh didengari melalui bunyi "paf".
(41)
Tarik pemegang pemula, 6: Teruskan menarik tali kord
dengan kuat hingga enjin hidup.
Jangan lilitkan tali penghidup pada tangan anda.
AWAS! Jangan tarik tali penghidup sampai habis dan
jangan lepaskan pemegang penghidup semasa ia masih
terkeluar penjang. Ia akan merosakkan mesin.
296 – Malaysian
MENGHIDUPKAN DAN MEMATIKAN
Semasa brek rantai masih terpasang, kelajuan enjin
mesti ditetapkan pada idel secepat mungkin, ini dilakukan
dengan melepaskan kunci pendikit. Ini mencegah
kehausan tidak sepatutnya pada klac, dram klac dan
pengikat brek. Kemudian biarkan mesin di posisi idel
untuk beberapa saat sebelum anda menggunakan
pecutan penuh.
PERHATIAN! Aktifkan semula brek rantai dengan
menolak pelindung tangan depan ke belakang
(ditandakan "PULL BACK TO RESET") ke arah
pemegang hadapan. Gergaji rantai itu kini sedia untuk
digunakan. Terdapat peringatan mula yang ringkas
dengan gambar untuk menerangkan setiap langkah di
hujung belakang gergaji (A). (38)
Enjin panas
Gunakan prosedur menghidupkan yang sama untuk enjin
sejuk tetapi tanpa mengesetkan kawalan cengkik pada
kedudukan cengkik.
AMARAN! Penyedutan asap ekzos enjin,
!
wap minyak rantai dan habuk kayu untuk
tempoh yang panjang boleh
mendatangkan risiko kesihatan.
Jangan hidupkan enjin jika papan, rantai dan penutup
klac tidak dipasang betul. Lihat arahan di bawah tajuk
Pemasangan. Tanpa bilah dan rantai dipasang pada
gergaji rantai, klac boleh tercabut dan menyebabkan
kecederaan serius. (35)
Brek rantai mesti diaktifkan bila gergaji rantai
dihidupkan. Lihat arahan di bawah tajuk
Menghidupkan dan mematikan enjin. Jangan sekali-
kali menghidupkan gergaji rantai dengan cara jatuh.
Cara ini amat berbahaya kerana anda dengan mudah
boleh hilang kawalan ke atas gergaji rantai. (40)
Jangan hidupkan enjin dalam ruangan tertutup. Gas
ekzos boleh merbahayakan jika terhidu.
Perhatikan sekeliling anda dan pastikan tiada risiko
bagi orang atau haiwan yang mungkin tersentuh
kelengkapan memotong.
Sentiasa memegang gergaji rantai dengan kedua-dua
tangan. Letak tangan kanan di pemegang belakang
dan tangan kiri di pemegang hadapan. . Semua
pengguna, sama ada kidal atau tidak mesti
memegang seperti ini. Genggam pemegang dengan
erat supaya ibu jari dan jari-jari anda memaut
pemegang gergaji rantai. (45)
Mematikan
The engine is stopped by moving the stop switch to the
stop position. (13)

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Este manual también es adecuado para:

125

Tabla de contenido