Memasangan Alat Penghidup; Penapis Udara; Palam Pencucuh; Sistem Penyejuk - Husqvarna 120 Manual De Instrucciones

Ocultar thumbs Ver también para 120:
Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • MX

Idiomas disponibles

  • MEXICANO, página 308

Memasangan alat penghidup

Pasang alat penghidup dengan menarik talinya keluar
dan pasang sebelah enjin. Kemudian dengan
perlahan lepaskan tuil supaya takal berfungsi dengan
penyangkut (pawls).
Pasang dan ketatkan skru yang memegang
penghidup.

Penapis udara

Penapis udara mesti selalu dibersihkan daripada habuk
dan kekotoran untuk mengelakkan:
Kerosakan karburetor.
Masalah menghidupkan.
Kekurangan kuasa.
Kehausan bahagian enjin yang tidak sepatutnya
berlaku
Penggunaan bahan bakar berlebihan.
Tanggalkan penapis udara selepas membuka
penutup penapis udara. Apabila memasang semula,
pastikan penapis ketat dipasang di tempatnya.
Bersihkan penapis udara dengan berus atau
goncangkannya. (92)
Pembersihan lebih sempurna boleh dilakukan pada
penapis dengan menggunakan air dan sabun.
Penapis udara setelah digunakan beberapa lama tidak
boleh dibersihkan sepenuhnya. Ia perlu ditukar baru.
Penapis udara yang telah rosak mesti ditukar baru.
Gergaji rantai HUSQVARNA boleh dilengkapi dengan
berbagai jenis penapis udara yang berlainan mengikut
keadaan kerja, cuaca, musim, dsb. Hubungi peniaga
anda untuk mendapatkan nasihat.

Palam pencucuh

Keadaan palam pencucuh dipengaruhi oleh:
Penetapan karburetor tidak betul.
Campuran bahan bakar yang salah (terlalu banyak
atau jenis minyak yang salah).
Penapis udara yang kotor.
Keadaan ini menyebabkan longgokan karbon di elektrod
palam pencucuh yang mengakibatkan enjin tidak berjalan
lancar dan susah dihidupkan.
Jika mesin tiada kuasa, susah dihidupkan atau tidak
berjalan lancar pada kelajuan idel: dahului dengan
membuat pemeriksaan palam pencucuh sebelum
mengambil tindakan lanjut. Jika palam pencucuh kotor,
bersihkan dan pastikan jarak elektrod ialah 0,5 mm.
Gantikan palam pencucuh selepas sebulan digunakan
atau lebih awal sekiranya perlu. (93)
PERHATIAN! Pastikan anda guna jenis palam pencucuh
yang disyorkan! Palam pencucuh yang salah boleh
merosakkan omboh/silinder. Periksa supaya palam
pencucuh dipasang dengan penyekat.
304 – Malaysian
PENYENGGARAAN

Sistem penyejuk

Untuk beroperasi pada suhu paling rendah, mesin
dilengkapkan dengan sistem penyejuk.
Sistem penyejuk terdiri daripada:
1
2
3
4
5
Bersihkan sistem penyejuk dengan berus sekali
seminggu dan lebih kerap jika keadaan teruk. Sistem
penyejuk yang kotor atau tersumbat menyebabkan mesin
menjadi terlalu panas yang merosakkan omboh dan
silinder.
Kemasukan udara di unit penghidup.
Plat pandu udara.
Bilah kipas di roda tenaga.
Sirip penyejuk di silinder.
Penutup silinder (membekalkan udara sejuk kepada
silinder). (94)

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Este manual también es adecuado para:

125

Tabla de contenido