Membebaskan Pokok Yang Telah Tumbang Tidak Sempurna - Husqvarna 120 Manual De Instrucciones

Ocultar thumbs Ver también para 120:
Tabla de contenido

Publicidad

Idiomas disponibles
  • MX

Idiomas disponibles

  • MEXICANO, página 308
Pembersihan pangkal pokok dan persediaan untuk
berundur
Buang dahan-dahan di batang sehingga tinggi bahu.
Adalah lebih selamat untuk mulakan dari atas ke bawah
dan pastikan pokok berada di antara anda dengan
gergaji. (64)
Bersihkan semak di sekeliling pangkal pokok dan periksa
kawasan sama ada terdapat rintangan (batu, dahan,
lubang dan lain-lain) supaya laluan anda untuk berundur
tidak tersekat apabila pokok mula tumbang. Laluan ini
hendak-lah lebih kurang 135 di belakang pokok yang
hendak ditebang. (65)
1
Zon risiko
2
Laluan untuk berundur
3
Arah tumbang
Penebangan pokok
AMARAN! Kecuali anda telah mendapat
!
latihan khusus, kami nasihatkan supaya
anda jangan menebang pokok yang garis
lintangnya lebih panjang daripada papan
anda!
Penebangan pokok dilakukan dengan tiga pemotongan.
Pertama anda buat pemotongan arah tumbang yang
terdiri daripada pemotongan atas dan pemotong bawah;
diikuti dengan pemotongan tumbang. Dengan membuat
pemotongan yang betul anda boleh mengawal arah
tumbang dengan tepat.
Pemotongan arah tumbang
Untuk membuat potongan berarah, anda mulakan
dengan potongan atas. Sasar menggunakan tanda (1)
arah tebangan pada gergaji ke arah matlamat jauh ke
hadapan di terain, di mana anda mahu pokok itu tumbang
(2). Berdiri di sebelah kanan pokok, di belakang gergaji,
dan potong menggunakan gaya tarik. Kemudian buat
pemotongan bawah supaya ianya bertemu hujung
pemotongan atas. (66)
Pemotongan arah tumbang hendaklah masuk sedalam 1/
4 garis lintang pokok tersebut dan sudut antara potongan
atas dengan potongan bawah ialah 45 .
Garisan di mana kedua potongan tadi bertemu
dinamakan garis pemotongan arah tumbang. Garis ini
mesti mendatar dan bersudut tepat (90 ) dengan arah
tumbang. (67)
Pemotongan tumbang
Pemotongan ini dibuat bertentangan dengan potongan
arah tumbang dan mestilah betul-betul mendatar. Berdiri
di sebelah kiri pokok dan potong gaya menarik.
Buat pemotongan tumbang ini 3-5 cm (1.5 -2 inci) tinggi
daripada bahagian rata pemotongan arah tumbang. (68)
Pasangkan penahan pepaku "spike bumper" (jika ada) di
belakang jalur penahan. Gunakan pecutan penuh dan
majukan papan dan mata gergaji perlahan-lahan ke
pokok. Pastikan pokok tidak bergerak ke arah
300 – Malaysian
TEKNIK BEKERJA
bertentangan dengan arah tumbang. Sendalkan baji atau
pasak ke dalam potongan sebaik sahaja ia sudah cukup
dalam.
Selesaikan pemotongan tumbang selari dengan garisan
arah tumbang sehingga tinggal 1/10 garis lintang pokok.
Bahagian yang tidak dipotong ini dinamakan kunci
tebang.
Kunci tebang ini mengawal arah tumbang pokok itu. (69)
Jika kunci tebang tidak cukup lebar atau pemotongan
arah tumbang dan pemotongan tumbang tidak dibuat di
tempat yang betul, arah tumbang tidak boleh dikawal.
(70)
Apabila selesai pemotongan tumbang dan pemotongan
arah, pokok sepatutnya tumbang mengikut arah beratnya
atau dengan bantuan baji penumbang atau pasak. (71)
Kami mengesyorkan anda menggunakan bilah yang lebih
panjang daripada garis lintang pokok supaya anda boleh
membuat pemotongan tumbang dan pemotongan arah
tumbang dengan "sekali pemotongan". Lihat arahan
dalam bahagian Data teknikal berkenaan dengan
panjang bilah yang disyorkan untuk model gergaji rantai
anda.
Ada cara untuk menebang pokok yang garis lintangnya
lebih panjang daripada papan. Walau bagaimanapun,
risikonya tinggi apabila zon lantunan tersentuh dengan
pokok. (4)
Membebaskan pokok yang telah
tumbang tidak sempurna
Membebaskan "pokok terperangkap"
Adalah merbahaya untuk membuang pokok yang
terperangkap dan risiko kemalangannya tinggi.
Jangan sekali-kali cuba memotong pokok yang ditimpa
oleh pokok lain.
Jangan sekali-kali bekerja dalam zon risiko untuk pokok
tergantung, terperangkap. (72)
Cara yang paling selamat adalah dengan menggunakan
win.
Terpasang pada traktor
Mudah alih
Memotong pokok dan dahan yang tegang
Persediaan: Tentukan arah mana pokok atau dahan akan
bergerak jika ianya dilepaskan dan di mana bahagian
patah semulajadi (iaitu tempat ianya akan patah jika
dilentur lebih daripada itu). (73)
Pilih cara yang paling selamat untuk melepaskan
tegangan dan sama ada anda berupaya melakukannya
dengan selamat. Dalam keadaan rumit, cara yang paling
selamat ialah dengan ketepikan gergaji rantai anda dan
gunakan win.
Nasihat am:
Tempatkan diri anda supaya tidak terkena tendangan
dahan atau batang selepas dipotong. (74)

Publicidad

Tabla de contenido
loading

Este manual también es adecuado para:

125

Tabla de contenido