Descargar Imprimir esta página

PROVOX FreeHands FlexiVoice Set Plus Manual Del Usuario página 168

Publicidad

Idiomas disponibles
  • MX

Idiomas disponibles

  • MEXICANO, página 44
2.2 Arahan pengendalian
Jangan gunakan injap bercakap semasa tidur. Bukaan injap bercakap mungkin
tertutup atau injap bercakap mungkin bertukar kepada mod bercakap tanpa
sengaja menyebabkan pernafasan tersekat. Semasa tidur, gunakan kaset Provox
XtraHME atau Provox HME Cap yang dipasang dengan kaset HME (Raj. 9).
Pemilihan kekuatan membran
Cuba gunakan membran Sederhana (2 titik) dahulu. Jika anda mengalami
penutupan membran ini tanpa sengaja semasa pernafasan normal atau aktiviti
ringan, cuba membran Strong atau XtraStrong (3 atau 4 titik). Jika anda merasa
terlalu banyak usaha diperlukan bagi menutup membran Sederhana untuk
bercakap, cuba membran Ringan (1 titik). Pastikan membran tidak tertutup
tanpa sengaja semasa pernafasan biasa.
Anda juga boleh menggunakan membran yang lebih kuat semasa anda lebih
aktif dan yang lebih ringan semasa anda kurang aktif.
Pemasangan
Letakkan kaset HME pada permukaan rata dengan grid plastik di bawah dan
permukaan busa terbuka menghadap ke atas (Raj. 10). Letakkan injap bercakap
di atas kaset HME dan tekan ia ke bawah sehingga ia muat dengan kemas pada
tempatnya. Periksa yang injap bercakap dipasang dengan kemas pada kaset HME.
Awas: Menggunakan aksesori bukan Provox boleh menyebabkan pincang
tugas produk dan membahayakan pengguna.
Selitan dan penggunaan
Masukkan Provox FreeHands FlexiVoice ke dalam penyambung peranti
pemasangan Provox HME (Raj. 11). Bernafas dengan normal. Ubah peranti
antara mod dengan memutar bahagian atas injap bercakap sehingga ia berhenti
di setiap kedudukan (Raj. 12).
Awas: Putarkan hanya bahagian atas injap bercakap semasa menukar mod,
bukan keseluruhan peranti. Memutarkan keseluruhan peranti boleh menyebabkan
pergerakan tidak selesa peranti pemasangan.
Mod Bercakap Automatik
Provox FreeHands FlexiVoice adalah dalam Mod Bercakap Automatik apabila
membran fleksibel boleh bergerak dengan bebas dan tidak dikunci dengan
cangkuk. (Raj. 3).
Dalam mod ini, peningkatan dalam aliran udara hembusan untuk bercakap
menutup membran secara automatik.
Oklusi Manual
Provox FreeHands FlexiVoice juga boleh dikatup secara manual untuk bercakap
dengan mengatup bukaan hadapan dengan jari (Raj. 13). Untuk menyedut nafas,
lepaskan oklusi jari supaya bukaan hadapan terbuka semula. Oklusi manual
boleh digunakan bagi kedua-dua Mod Bercakap Automatik dan Mod Terkunci.
Batuk
Dalam mod bercakap automatik, membran boleh terkeluar semasa batuk. Jika
ini berlaku, bernafas secara normal dan tolak semula membran melalui bukaan
dengan jari anda (Raj. 14). Jika perlu, keluarkan Provox FreeHands FlexiVoice
dan letakkan semula membran.
Pengeluaran kaset HME dari Injap Bercakap
Kaset HME bertujuan untuk kegunaan tunggal. Ia harus dikeluarkan pada
penghujung setiap hari sebelum membersihkan injap bercakap. Ia juga harus
digantikan jika ia tersumbat dengan mukus dan sekatan pernafasan bertambah.
Awas: Jangan cuba membasuh kaset HME kerana ini akan menghilangkan
pengisitepuan yang penting untuk fungsinya.
168

Publicidad

loading

Productos relacionados para PROVOX FreeHands FlexiVoice Set Plus