1. Pegang injap bercakap (atau menutup, jika digunakan) dengan sebelah
tangan, letakkan Removal Aid di atas kaset HME dengan tangan yang
satu lagi (Raj. 15).
2. Tekan pemegang bersama-sama (Raj. 16). Kaset HME akan retak dan
longgar (Raj. 17).
3. Buang kaset HME (Raj. 18).
Pembersihan
Bagi memastikan injap bercakap dalam keadaan berfungsi dengan baik dan
untuk menggelakkan pertumbuhan mikroorganisma, ia harus dicuci dan
dinyahjangkit setiap hari.
Awas: Jangan bersihkan atau menyahjangkit injap bercakap dengan cara lain
daripada yang diterangkan di bawah. JANGAN rebus peranti dan JANGAN
gunakan hidrogen peroksida untuk menyahjangkit kerana tindakan ini akan
merosakkan peranti.
1. Keluarkan kaset HME dari injap bercakap seperti yang diterangkan di
bawah.
2. Bilas injap bercakap dengan berhati-hati pada kedua-dua sisi menggunakan
air minuman suam-suam kuku (20-40°C / 68-104°F) sambil memutarkan
penutup ke depan dan belakang selama 2 minit (Raj. 19).
3. Campurkan 2 titis sabun pencuci pinggan dalam 250 ml air minuman
panas (35-45°C / 95-113°F). Jangan gunakan air mendidih kerana ini boleh
merosakkan injap bercakap.
4. Letakkan injap bercakap dalam mod bercakap dan letakkan injap bercakap
ke dalam campuran itu selama 15 minit (Raj. 20).
5. Bilas injap bercakap pada kedua-dua sisi dalam air minuman panas (35-45°C /
95-113°F) selama 15 saat (Raj. 21). Bagi mencapai kesemua bahagian injap
bercakap, pastikan ia ditukar antara mod bercakap dan terkunci beberapa
kali semasa membilas.
6. Periksa peranti jika terdapat mukus dan sisa serpihan. Ulang langkah di
atas jika perlu.
7. Selepas mencuci, letakkan injap bercakap dalam mod bercakap pada kain
kasa bersih dan biarkan ia dikeringudarakan sekurang-kurangnya selama
2 jam (Raj. 23). Apabila injap bercakap kering sepenuhnya, ia boleh sama
ada digunakan semula atau diletakkan dalam bekas tertutup yang bersih
untuk penyimpanan.
Awas: Jangan gunakan injap bercakap sehingga ia kering sepenuhnya.
Penyedutan wasap penyahjangkit boleh menyebabkan batuk yang teruk
dan kerengsaan saluran udara.
Penyahjangkitan injap bercakap
Penyahjangkitan mungkin diperlukan jika peranti bercakap kelihatan kotor
atau terdapat risiko pencemaran. Risiko pencemaran boleh wujud jika peranti
terjatuh ke lantai atau jika ia bersentuhan dengan haiwan peliharaan, seseorang
dengan jangkitan pernafasan, atau sebarang pencemaran kasar. Kemudian peranti
harus dibersihkan dan dinyahjangkit sebelum digunakan. Jika penyahjangkitan
diperlukan, pertama sekali bersihkan peranti seperti yang diterangkan di atas
dan kemudian, nyahjangkit dengan menggunakan prosedur berikut:
1. Pertama, ikuti prosedur pembersihan seperti yang diterangkan dalam
bahagian "Pembersihan" di atas, tanpa langkah 7. Selepas membersih,
letakkan injap bercakap dalam mod bercakap dan rendam ia selama 10 minit
sama ada dalam etanol 70% atau isopropil alkohol 70% (Raj. 22).
Awas: JANGAN gunakan hidrogen peroksida.
2. Selepas membersih dan menyahjangkit, letakkan injap bercakap pada kain
kasa bersih dan biarkan ia dikeringudarakan sekurang-kurangnya selama
2 jam (Raj. 23). Pastikan injap bercakap dalam mod bercakap.
3. Apabila injap bercakap kering sepenuhnya, ia boleh sama ada digunakan
semula atau diletakkan dalam bekas tertutup yang bersih untuk penyimpanan.
169