BAHASA MELAYU
1. Maklumat Deskriptif
1.1 Tujuan penggunaan
Elektrolarinks ialah larinks tiruan berkuasa bateri yang digunakan secara luaran
dan bertujuan untuk digunakan apabila tiada kebolehan untuk menggunakan
larinks untuk menghasilkan bunyi. Apabila diletakkan pada kulit di kawasan
kotak suara atau dengan memasukkan tiub ke dalam rongga mulut (dengan
penyesuai mulut), peranti ini menghasilkan getaran mekanikal yang bergema di
dalam rongga mulut dan hidung dan boleh ditinggirendahkan oleh lidah dan bibir
secara normal, dengan itu membolehkan pengeluaran pertuturan.
1.2 Kontraindikasi
Peranti ini hanya boleh digunakan mengikut Arahan Penggunaan. Pengguna-
pengguna tanpa kemampuan fizikal, kognitif, atau mental yang diperlukan untuk
mengoperasikan peranti ini sendiri tidak boleh menggunakan peranti ini seorang
dan hanya boleh menggunakannya jika mereka berada di bawah pengawasan doktor
atau penjaga yang terlatih. Peranti ini tidak boleh digunakan secara langsung di
atas tisu leher yang lemah dengan saluran darah yang lemah. Perkara ini boleh
menyebabkan kerosakan tisu atau pendarahan. Pesakit yang mengalami keadaan
ini hanya boleh menggunakan peranti ini apabila mereka telah diarahkan secara
khusus oleh doktor mereka tentang cara menggunakan peranti dan tempat untuk
menggunakan peranti dengan selamat.
1.3 Perihalan peranti
Elektrolarinks ialah larinks tiruan berkuasa bateri yang digunakan secara luaran
pada kulit yang tidak rosak dan bertujuan untuk digunakan apabila ketiadaan
larinks atau ketidakbolehan untuk menggunakan larinks untuk menghasilkan bunyi.
1.4 Amaran
• Kegagalan untuk mengikut arahan keselamatan boleh menyebabkan
kecederaan peribadi atau kerosakan peranti. Baca semua maklumat
keselamatan di bawah sebelum menggunakan peranti.
• Penyalahgunaan peranti atau tidak mengikut arahan dalam IFU ini boleh
menyebabkan kecederaan peribadi dan/atau kerosakan peranti.
• Jangan gunakan peranti bersama orang lain kerana perkara ini boleh
menyebabkan pencemaran silang. Peranti ini bertujuan untuk kegunaan
seorang pesakit sahaja.
• Jangan hidupkan, atau gunakan, atau cas peranti jika peranti telah terdedah
atau terjatuh dalam air atau cecair lain kerana perkara ini boleh menyebabkan
kecederaan peribadi dan/atau kerosakan peranti.
• Sebelum mengecas, periksa kerosakan pada pengecas. Pengecas yang rosak
atau tidak berfungsi tidak harus lagi digunakan kerana perkara ini boleh
menyebabkan kebakaran, kecederaan peribadi atau kerosakan peranti.
• Hanya gunakan pengecas yang diluluskan kerana penggunaan pengecas yang
tidak diluluskan boleh menyebabkan kebakaran, kecederaan peribadi atau
kerosakan peranti.
• Jangan cuba mengecas bateri yang tidak dapat dicas semula kerana perkara
ini boleh menyebabkan kecederaan peribadi atau kerosakan peranti.
• Jangan gantikan bateri cas semula dengan bateri yang tidak dapat dicas
semula kerana perkara ini boleh menyebabkan kecederaan peribadi atau
kerosakan peranti.
• Jangan rosakkan bateri secara fizikal kerana perkara ini boleh menyebabkan
kecederaan peribadi atau kerosakan peranti.
204