2.4.8 Kelantangan tidak stabil (TTE/P)
Cuba mod yang bukan mod kelantangan. (Lihat 2.2.3 Menetapkan mod)
2.4.9 Unit menyebabkan gangguan penerimaan radio
atau TV
1. Mengorientasi semula atau menempatkan semula antena penerima.
2. Tingkatkan jarak antara peralatan dan penerima.
3. Sambungkan peralatan ke salur keluar pada litar yang berlainan daripada yang
disambungkan kepada penerima.
4. Rujuk penjual atau juruteknik radio/TV yang berpengalaman untuk mendapatkan
bantuan.
2.5 Servis
2.5.1 Servis & bantuan
Elektrolarinks tidak mengandungi bahagian yang boleh diservis selain yang boleh
ditanggalkan oleh pesakit. Bahagian servis merangkumi bateri, bunyi utama,
penjarak bunyi utama, gelang buih, penyesuai mulut dan tiub oral. Hubungi wakil
tempatan anda untuk mendapatkan bantuan dalam penggunaan atau penyelenggaraan
elektrolarinks anda dan untuk memesan alat ganti yang sedia ada.
2.6 Pelupusan
Sentiasa ikuti amalan perubatan dan keperluan kebangsaan berkenaan biobahaya
apabila melupuskan peranti perubatan yang telah digunakan.
2.7 Pelaporan
Sila ambil perhatian bahawa sebarang kejadian serius yang berlaku berkaitan
dengan peranti itu hendaklah dilaporkan kepada pengilang dan pihak berkuasa
kebangsaan bagi negara tempat pengguna dan/atau pesakit itu berada.
3. Spesifikasi teknikal
Perihalan
Suhu pengendalian (untuk
mengekalkan hayat bateri yang
optimum)
Suhu penyimpanan dan
pengangkutan
(untuk mengekalkan hayat bateri
yang optimum)
Kelembapan pengendalian
(untuk mengekalkan hayat bateri
yang optimum)
Kelembapan penyimpanan
Tempoh jangka hayat dijangka
Bahagian yang digunakan
Spesifikasi
+5°C hingga +25°C
+41°F hingga +77°F
-20°C hingga +25°C
-4°F hingga +77°F
kelembapan relatif 15% hingga 93%,
700 hPa hingga 1060 hPa
kelembapan relatif 0% hingga 45%
1-5 tahun
Bahagian Digunakan Jenis BF
(seluruh peranti)
211